Orang Ketiga

Saya dan Cik Nad

Ini saya dan Cik Nad. Kawan baik saya selama saya kat AD ni. Boleh dikatakan kadar kerapatan kami ni macam saya rapat dengan Che Yah atau Ir. Ke mana je berdua. Sama bengong. Takde istilah kecik kecik ati. Kalau kecik pun kejap je dah baik balik. Pasal dah tau she didn't mean it. Baru kenal bulan 7 dulu.

Oleh kerana kami selalu berdua, jadinya kalau g dinner atau supper, aku tgk dia, dia tgk aku. Sampai dah 'bosan'. Jadi kami me-war war-kan pada yang lain lain bahawasanya kami memerlukan orang ketiga. Kalau asyik berdua je kami akan jadi bertambah kronik dari keadaan kami sekarang. 

Makanya keluar la satu kenyatan menusuk kalbu dari salah seorg rakan kami yang sering mengeluarkan lawak2 bernas. (Seriously. Dia ni senyap je orangnya. Selalunya lawak2 dia keluar slow2 je. Tapi pedas gak wooo...)

"Sebenarnya korang memang dah bertiga pun. Sebab tu korang jadi macam ni."

Terkedu kejap. Hamik ko..

Nota kaki: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Janganlah seseorang lelaki berdua duaan dengan wanita; sesungguhnya yang ketiga diantara mereka adalah syaitan" (riwayat Imam Ahmad)



4 comments:

  1. aik siapa yg lelaki antara korang ni?

    ReplyDelete
  2. dua dua pun pompuan. tu la lawak dia. kengkonon kitorg ni jadi biul tak tentu arah sbb 'org ketiga' tu mmg dh ada antara kitorg.

    ReplyDelete
  3. yosh selow nye aku. ke mamat tu nye lawak yg selow? haha

    ReplyDelete
  4. ko la yg slow. aku dgr je dia ckp camtu terus gelak besar.

    ReplyDelete