Again..

Sekali lagi aku meninggalkan blog ni dalam jangka masa yang terlalu lama. Salah siapa? Salah GE. huhu.. Aku ingatkan bila aku kat Flr ni leh la nak update mana yg patut. Malangnya aku terpaksa g kelas di siang hari dan bekerja keras di malam hari. Hari minggu pun keje.

Here's the activity.
1st week. Sampai Flr dengan gembiranya. Rasa mcm blk kampung. All the memories came back in my mind. The apartment. The city. Even the kedai rokok at the end of the road. Macam sirih pulang ke gagang. Maka bermula lah perjalanan aku sebagai trainee. Malangnya telefon aku dah mula berdering sejak hari pertama lagi. Apa kes? Not even my own product line. Product yg selama ini di awangan. Malangnya pada ketika I was scheduled to attend classroom training masa tu la dia nak suruh aku handle. Memang aku tak boleh nak concentrate la. Baik training baik keje. Masa kelas teringat keje bila buat keje teringat kelas.

2nd week. First day lagi dah tak masuk kelas. Kene g meeting kat Fano. Then selasa kene attend discussion kat Flr Office. 2 hari miss training. Aku dah mula risau. Pasal Jumaat ada test. kalau fail malu la wei... So awal2 aku dah notify manager aku yg aku might fail the test. Dalam pada aku dok risau pasal test, trainer tu pun dah pandang aku senget sket. Ye la.. awal2 dia dah cakap no phone call no laptop. Alhamdulillah I manage to pass the test. Happy tak terkira la..

3rd week. Training subject baru. Aku rasa susah sangat. Memandangkan weekend yg baru ni aku terserempak dengan Aifa KPOC. So, dia ajak teman shopping. Takkan la nak kata tak nak kan? Lepas dia balik aku dah start buat keje. Sampai tgh mlm. Dan begitu lah setiap hari. Training nye plak macam 5 thn nye course kat UTM dulu dicompress ke 5 hari. And Jumaat test. Setiap hari kat kelas aku ngantuk sangat sebab tak cukup tido. And menjelang Jumaat aku dah mula sakit tekak n ada sikit temperature. Dapat plak tau Haris masuk spital. So ada rasa sedih sket2. And again, Alhamdulillah I manage to pass the test.

This is the 3rd weekend. Minggu depan minggu terakhir aku kat sini (hopefully). Berat dah makin naik. Nak kata hepi tak jugak, tapi tak tau kenapa naik. Aku salahkan all the cheese and fries.