Lilypie - Pregnancy

Ayam Masak Halia





Tumis bawang putih (3-4 ulas ditumbuk/dicincang) dan halia (2 inci di hiris) sampai naik bau. Goreng ayam (5-6 ketul yang kecik2) sehingga setengah masak (daging ayam dah jadi putih2). Masukkan sos tiram (4-5 sudu) dan air (1/2 - 1 cawan) untuk dapatkan kuah. Tambah garam kalau perlu (biasanya tak pernah perlu sbb rasa sos tiram dah cukup). Tunggu ayam masak sepenuhnya (lebih kurang 15-20 minit) dan hidangkan.


P/S: Dah dekat 2 tahun tak masak lauk ni. Bila jadik tadi mcm excited plak.. hehe..

No comments:

Post a Comment