Beijing Travel-log ~ Post Mortem

Dah berapa post pasal Beijing je. Kalau korg nak termuntah sila muntah. Tapi kalau korg ada cadang2 nak pegi Beijing sila la baca dengan teliti ye.

My opinion, Beijing ni it's all about Great Wall of China tu je. Yang lain2 tu I rasa tak pegi pun takpe. Memula dulu aku mmg nak tgk sangat2 Forbidden City. Yelah.. Nama pun Forbidden kan.. Nak la tgk apa ada dalam yg sampai Forbidden sangat tu. Tapi lepas dah masuk, hmmm... rasa rasa istana kat Korea lagi cantik. 

Summer Palace, tak pegi pun takpe. Bukan boleh masuk dalam pun. Tgk dari luar je. Itu pun dari jauh. Dari seberang tasik ok. Bukan boleh pi pegang pintu dia pun. Paling dekat u can get is on the boat around the tasik. 

Shopping wise, as I said, kat market dia mmg diorg bukak harga macam hantu. I mean. I know u nak try dapat untung lebih. Tapi tgk org la kan. Kita ni dah terang2 dari Malaysia. If I can get that kind of things here in Petaling Street for RM10, salah ke kalau kita expect it should be cheaper than that kat China? Sume benda made in China kottt...

As I sadi, the only worth places to visit is The Great Wall of China. Kalau aku buat trip ni sendiri, a.k.a tak ikut travel agent, harus aku spend the whole day kat situ. Naik segala cabang. Malangnya ikut travel agent. Tour guide yang cute tu, aku nak pegi ofis pun dia tak bagi.. Sume benda kena ikut schedule. Nak komplen lelebih pun yang pilih agent ni kawan baik sendiri. Kena jugak la jaga hati dia. But seriously. Great Wall of China, kalau korg leh pujuk tour guide korg dok situ lama sikit, sila dok situ sepanjang hari pun takpe. 

Makan? 1st day memang teruk. Probably sbb jet lag. So badan takleh nak accept the taste lagi. Tapi 2nd day getting better. N 3rd day 4th day was good. Cuma breakfast je la. Aku turun sekali je. Pastu breakfast kat bilik je. And sila la bawak jajan secukupnya. Sebab diorg ni makan ikut time. Takde nye nak berenti snacking suka suki dee... (satu lagi downside kalau pakai travel agent)

Satu lagi, bersedia la untuk tidak ada internet sepanjang anda di Beijing ye. Tak payah sibuk2 nak bawak laptop. Buat susah nak jaga je. Hotel, RS485 nye port pun takde. Kitorg dh try segala Starbuck, O'Brien, Coffee Bean dan yang sewaktu dengan nya dah. Tak bleh gak masuk. So, bersedia lah untuk 'out of facebook' selama mana korg di China. 

Apa pun, aku takkan halang korg pegi la. Tgk tempat org. Apa salahnye. At least kalau org lain tanya u leh cakap based on your own experience kenapa tempat tu best atau tak best kan. For me, that's probably the last time pegi Beijing on personal trip. Kalau bisnes trip tu lain le cite. I don't really have a choice there...

No comments:

Post a Comment