Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Buka Posa @ MyCrib

Selalu sangat aku g makan umah kak may.. mmg ada terniat nak ajak kak may dtg makan kat umah. tapi asyik la bertangguh. tapi sempena bulan ramadhan.. dengan pahala memberi makan org berbuka yg berganda ganda.. aku berbesar hati menjemput kak may sekeluarga dan seangkatan utk berbuka kat umah aku yang tak seberapa.
Memandangkan kak may mmg handal memasak.. kecut jugak aku memikirkan menu. jadi aku amik menu yang paling senang iaitu nasi ayam.
Bangun pagi turun bwh beli ayam terus buat sup. dah siap marinate ayam, rest kejap. petang lepas asar baru start goreng. dalam kol 630 dah siap almost semuanya. just nice la sebab tetamu datang dalam kol 7. air pun aku buat simple je. sirap limau and teh o. ada satu jus botol beli kat bawah n air mineral.
Alhamdulillah.. semua suka nasi ayam aku buat.. lega rasanya...




Trip to Korea

Dua hari lepas ada jumpa sorg kawan setelah 2-3 minggu tak jumpa. So this friend tanya,
"How was your trip? Sempat jalan2 tak?".
In my mind it was my latest trip abroad which is Korea. So my reply was "Sempat first day je. Lepas tu hujan. Then kitorg shorten kan trip".
This friend was like "Paris hujan?".
There goes.."Ooo.. you are talking about my Paris trip ke?"..
And "Yeah.. you ada pergi mana2 ke lepas Paris?"
"I went to Korea"
"So you've been in 2 countries from the last time I saw you?"
Aku hanya mampu tersenyum... (ps: that 'last time I saw you' was just like 3 weeks ago or maybe less)

This is my first trip to Korea this year. This time around we stayed in Hyatt Ambassador Namsan Park. Nice hotel. Expensive. Room is a bit smaller compared to what we used to get in Hilton or Shilla. The flight was loooonggg...
I have to admit, Seoul has changed a bit over the year. Baru setahun.. I feel like I don't know the place anymore..
This time around, I got the chance to try the Halal Korean Meal in Itaewon. Mmg muka Melayu je yg masuk restoren tu..How to get there? Go to Itaewon. Just walk along Itaewon towards the Mosque. You'll find it on your right hand side before you reach the mosque.
My verdict.. sorry.. tapi tak la sesedap yg dijangka kan.. maybe my expectation was too high. But we were so hungry at that time. Plus, the service was super slow that make us almost went out of the restaurant.









Instant Satay

Bila dok oversea ni mmg slalu teringin macam2 makanan Malaysia. Nak wat camana dah tekak melayu..
And so far, aku rasa aku antara manusia kat AD ni yg paling banyak simpan segala jenis makanan segera selain mee segera. Brahim tu mmg aku dah master chef dah la.. And lately aku mula angkut kuih muih melayu macam kuih lepat pisang, karipap, keropok lekor, kuih koci, apam segala. Semuanya segera punya. All you need to do is either kukus, goreng atau heat dalam microwave (skang ada Actifry.. will come to that in different post)

Tiba tiba hari tu jalan2 kat Lulu beli barang dapur. (Segera..segera gak.. takkan ayam goreng kunyit pun nak segera.. melampau la kan...). And secara tiba2 jugak aku terjumpa satu section dia tulis "Singapore Food Festival". okkk.... Singapore ada food ke.. huhu..

Having said so, aku still dok belek2 apa yg ada. And yang menarik perhatian aku ialah... Satay.. hmmm.. Susah nak jumpa satay instant even kat Malaysia pun.. So, aku decide nak try.

One fine day aku pun try. Memang tak sempat prepare bekal ke ofis. So aku just bawak satu kotak sate ni. Instruction dia kata:
1. Allow meat to thaw
2. Heat in microwave for 2 minutes

Aku pun buat la. Satu kotak tu ada 10 batang sate n sepeket kuah kacang. Aku heat 2 min as instructed (kuah kacang pun 2 minit) Bila bawak keluar nampak macam tak meyakinkan.. Tapi apa boleh buat.. ni je lunch yg aku ada.. So decided utk telan je.. Sekali telan.. eh.. sedap la.. ayamnye masak elok je..

Hence.. I am one happy customer..


ps: presentation mcm dlm flight tak? heheh.. piring ofis n kuah satay dalam cawan kopi ofis... nak iduppp...

Keceriaan Seorang Ibu

Mak memang slalu takde selera makan. Ni aku tau dari ayah aku. Dulu masa aku keje TNB mmg ayah slalu call aku suh balik sebab mak takde selera nak makan. Tapi setiap kali aku balik mak ok je makan..

Kalau kat Malaysia mak makan macam biasa je. Takde la banyak sangat pun. Tapi masa dia ada kat sini selera dia menjadi.. Dia memang makan sungguh sungguh. Almost semua benda dia makan habis. Mula mula aku agak tak habis sebab slalunya aku makan the same dish pun tak habis. Tapi mak boleh habiskan..

Pada agakan aku mak memang happy betul trip ni.. Dan aku lega berfikiran begitu...




Kenduri Cara Padang Pasir

Walau di mana pun bumi berpijak, walau di mana pun langit dijunjung, adat kita tak perlu dilupakan..
Jiwa melayu tak intro?
hahahhaha...

Yang sebenarnye.. Ada family ni baru pindah sini dalam sebulan gitu. So nak buat makan2 sempena masuk rumah baru. Sekali jadi ala2 kenduri masuk rumah la plak.. huhu...

Masakannya simple je.. Tapi ada satu lauk special. Apparently lauk ni mmg terkenal kot kat area selandar/bukit senggeh sana tu.. Pasalnya ada sorg ni baru sampai dari Al-Ain masuk dapur, bau lauk tu terus cakap "Ooo.. buat lauk ayam masak bukit senggeh ye..."

Kisah......

Aku adalah manusia paling sibuk di dapur.. ahahhaha.. yang sebenarnye seronok.. dah macam kenduri kat rumah nenek dulu2... sayu gak hati bila teringat... masih sayu walau ketika menulis blog ini..

Alfatihah untuk arwah Nek Pah... Ketahui la bahawasanya cucu mu merinduimu... Semoga nenek sentiasa berada di kalangan golongan yg soleh dan di elakkan dari seksa kubur..

End of syahdu syahdan...

Tgk la gambar kat bawah ni.. mcm mana la aku tak teringat kenduri kat kampung.. Ni first time buat makan2 kat rumah atas tanah (untuk aku la..) So ada area kat keliling rumah nak pasang external nye dapur n tong gas. hamikk kau.....









Over tak aku menggaul? ahahhahhaa... Kak Miza (tuan rumah dan tuan punya resepi) yang cakap bahan apa nak masuk and brapa byk. Serius aku tak ingat apa bahannya... Sukatannya lagi la jgn tanya.. Aku tau memula tu ada ayam. Pastu ada bawang merah, bawang putih n halia yang dah di racik halus. Ada kunyit,kerisik dan yang paling penting rempah rahsia yang di import khas dari Malaysia.. Tapi nak citenye kalau gaul tu tak cukup sebati... tak menjadi gak rasanya... ahaks!!! nak menang jugakkkkk....

Proses memasaknya kat luar. Memang aku buat semua sampai la ayam tu siap masak. Yang aku tak buat dalam hal ini hanyalah menyediakan bawang dan halia je sebab malas... hahahha.. Tapi part masak tu lagi penat wooo... naik muscle tangan aku... pastu dok masak gaya squat plak.. memang tonggek bontot aku pastu...

Tapi aksi paling mahal semestinya yang ini.. jangan tanya aku mana datang gaya ni... tau2 ada gambar je...


Yeeehhaaaaa!!!!!!

Apa apa pun.. kami mmg enjoy malam tu.. penat mmg gila penat la kannn... tapi jarang2 skali dapat kumpul mcm ni.. musim sejuk je boleh pun..






Eid Adha in Abu Dhabi

Eid Mubarak!

Tak terlambat kot nak ucap Eid Mubarak kan walaupun dah habis hari tashrik... heheh...
Ni tahun pertama aku tak balik raya haji. (nota kaki: baru 2 tahun pun kat sini.. dah nak kecoh..)
Sume org mmg pelik la.. kollig aku siap ingat aku demam ke apa..
Alkisah, dengar ura-ura yg akan ada meeting kat Singapore.. kengkonon nak jimat duit tiket la.. nak pegi Singapore through KL masa Eid holidays ni.. sekali bebudak ni punya visa tak lepas... maka punah la harapan tiket free. nak beli tiket sendiri 4000+++++++ woiii.... Maka duduk la ko sesorg kat sini.. dah la cuti 5 hari. hamik! melangut...

Melangut pun tak langut sangat la kan.. Cuti start hari khamis lagi..Dah buat party tepi swimming pool.. huhu.. ada gambar sate je.. gambar lain makcik pun tak dapat lagi...


Hari Jumaat, Eid Day itself, ada cite sedih sket la.. pasal nye sblm2 ni, Embassy mmg wat sembahyang raya. Tahun ni Embassy ubah angin sket takmo wat sembahyang raya. Dia wat makan2 malam plak dah.. hmm.. macam mana tu? 
Alhamdulillah, ada rakan yg budiman sudi host solat raya kat rumah dia. Mintak di murah kan rezeki rakan ini sekeluarga.. 
Enjoy sgt pagi tu. Makan secara potluk. Aku bawak dadih sebab tgk org lain sume dah cop yg hebat2. nak gak ada yg ringan2 untuk budak2 kan..






Malam nya, nak marah, marah jugak. Tapi rezeki jgn ditolak. Dah kata makan free.. pegi jugak la ke embassy...





Hari sabtu makan lagi.. kat umah Marinna plak. tak amik lak gambar. Dia wat laksa johor yg sangat sedap. Kecil kecilan je pun dia wat.. sambil nengok movie kat screen besor dia tu..

Ahad and Isnin, aku masih lagi cuti. Orang lain dah keje. Punya la boring. So abiskan masa dengan g shopping and spa.. hahahaha...

Itu la Eid Adha di perantauan.. Seronok bila kumpul ramai ramai utk solat raya tu.. raya rapat je semua walaupun baru kenal.. Alhamdulillah.. pengorbanan kali ni ialah tak balik raya...






Susu Pisang

Sapa ingat cerita Successful Story of A Bright Girl. Ala.. drama korea 4-5 tahun dulu.. Glamer woo cite tu..
Dalam cite tu hero dia slalu nak minum satu susu pisang ni lepas mandi kat rumah mandi diorg.


Ever since that aku cuba jugak la cari. nak rasa kan.. then jumpa la kat Korea. Satu botol tu 1000won je. murah.. lebih kurang RM3.60 camtu... Rasa dia sedap. Masa aku dok sana, ada gak aku tak ambik dinner. Pegi kedai runcit belakang hotel tu n beli susu ni je for dinner. Memang best.

So aku dapat minum hanya bila aku g Korea je la.. Jadi la kan.. Dapat la jugak..

Tadi aku g Jusco AEON Bandaraya Melaka. Jumpa ni..


Tambah lagi satu sebab aku nak balik Malaysia slalu....


Rebus Rebus Steamboat & Grill


Saya tau Ramadhan dah lepas. Tapi saya nak cerita sikit pasal Rebus Rebus Steamboat & Grill Restaurant.

Seperti biasa, tiap tiap tahun mesti ada buka puasa rasmi untuk geng geng 4Cast. Ahli yang hadir wajib ialah Yah, Ir, Jer, Myself and Ina. Recently Sarah and Shiela are also added as hadir wajib. Then yang lain lain akan ikut kelapangan masing masing. Tahun ni agak istimewa sebab Etiey ikut hadir sama. Susah nak jumpa Etiey ni. Slalu tak kena masa. Jadi kali ni kira bonus.

Yang membuat aku agak terharu ialah diorg actually tunggu aku balik ke Malaysia sebelum buat aktiviti wajib ini walaupun aku balik dah agak hampir ke Hari Raya. For Jer takpe la.. Dia nak balik over the weekend for the event pun boleh kan. For me, this is what I call as FRIENDS.

Lokasi kali ni agak berbeza. Biasanya kami akan pilih KGPA. Sekali sekala je kami bertukar tempat. Antaranya Tropicana Golf, Hotel UiTM Shah Alam dan Sime Darby Convention Centre. Kiranya konsep Buffet Ramadhan la. Tapi kali ni semua kawan kawan aku pilih nak pegi Rebus Rebus Steamboat & Grill di Shah Alam. 

Mula mula tu tertanya tanya la jugak. Sebab aku dah lama tak balik. Jadi risau jugak kalau sepanjang aku takde ni kawan kawan aku ada masalah kewangan ke apa ke.. Ye lah tetiba macam turun standard buat Iftar  kat restoren biasa kan. Aku sebagai orang jauh ikutkan aje la. Aku touched down KLIA, singgah Bukit Jelutong mandi and salin baju kejap then Ir datang pick up terus ke Restoren Rebus Rebus Steamboat & Grill.

Kedai 2 pintu bewarna Oren. Kalau dari Federal Highway ke arah Klang, exit Padang Jawa (yg kalau ke kanan menuju ke Jakel/UiTM gate belakang/I-City), the same traffic light ke kiri. Then jumpa lagi satu traffic light ke kiri lagi and straight away ke kanan. Restoren nya sebelah kiri. Nama kawasan tu Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam.

Aku masuk kedai pusing pusing. Sebab secara serius aku tak tau apa konsep kedai ni sebelum sampai. Aku tgk ada buffet table. Ada masakan yang dah di masak macam bihun goreng, nasi goreng, nasi putih, sayur campur, kuih muih melayu, kerang rebus, kek coklat (yang sedap), etc. Ada gak makanan yang belum dimasak macam daging yang dah di peram, ayam yang dah di peram, udang, sotong, ketam, pepahat, etc. Atas meja ada electric grill set dengan tempat nak letak periuk untuk steamboat. 

Kat pintu sebelah ada surau lelaki dan perempuan. Tempat ambik air sembahyang untuk perempuan dia buat dalam surau tu itself. Jadi tak payah la nak keluar dengan tudung basah basah. Sangat sensitif kepada keperluan kita kan.. Surau ni jugak permanent. Kalau waktu bukan Ramadhan pun, nak datang makan sebelum masuk maghrib takde masalah sebab boleh maghrib jap kat situ. Sangat convenient.

Dah puas tengok keliling aku puas hati jugak la. Bukan tempat sebarangan la kawan kawan aku pilih ni.. Aku pun mula serbu meja buffet untuk ambik bahan bahan yang nak dimasak.


Ini baru first round ye.. Ada macam macam jenis sos untuk pencicah. Daging and ayam yang dah diperam tu kitorg grill kan kat keliling periuk tu. Dalam periuk tu isi kuah untuk steamboat. Ada 3 pilihan; Sup Ayam/Tomyam/Kuah Laksa. Tang kuah laksa tu memang aku rasa agak istimewa dan lain dari yang lain. Aku suka!

Tapi perlu di ingat. Jangan ambil berlebihan sangat. Rebus Rebus ni kalau ada pembaziran dia akan charge tau.. Ini bukan nak buat untung. Tapi nak melatih kita agar jangan membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Jadi kalau rasa perut dah membusung dan tak boleh nak masuk lagi jangan le pi ngangkut lagi satu pinggan daging. Kalau sekadar nak rasa, ambik satu je dulu. Kalau sedap boleh je pi bangun ambik lagi. Rebus Rebus Crew semua baik baik and rajin melayan. Diorang akan keep on refilling the buffet table. 

Ir and Shila

Sarah and Me

Yah and Jer

Etiey and Sarah

All of us that day

Kata aku, makanan dia sedap. Istimewa dia sebab ada steamboat dengan kuah laksa. Konsep grill tu memang aku suka. Marinate daging and ayam dia pun sedap. Manisan pun sedap. Ngikut kata kawan kawan aku (ye.. diorg dah 2-3 kali datang sini dalam masa 2 bulan. Knowing my friends, itu menunjukkan makanan sini memang sedap) setiap hari Rebus Rebus Crew akan ada 'Menu Istimewa Hari Ini' atau 'Today's Special'. Jadi makanan seperti manisan, sayur, atau nasi mungkin berubah ubah. Unik kan. Buat orang tertanya tanya apa rezeki aku hari ni..

Walaupun kedai ni baru bukak dalam 2 bulan gitu, tapi malam yang aku pergi tu full house! Maknanya apa? Dah tentu la sedap! 

Untuk maklumat lanjut tentang menu atau harga atau untuk tempahan, boleh lawat dan like facebook diorg atau twitter diorg atau call aje la terus...

D-5G, Jalan Serai Wangi H16/h,
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
012-940 4597
GPS Coordinate: Lat 3.0572053/Lon 101.49182 (Berdasarkan Google Map)
Waktu Operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam


Saya puas hati. Saya pasti anda juga pasti puas hati.






Iftar in AD

Tahun ni Alhamdulillah berjumpa lagi aku dgn bulan Ramadhan. Ada jugak rasa takut sesikit sebab tahun ni Ramadhan masa summer tgh peak. Walaupun tak semencabar kengkawan di UK, tapi untuk aku yg memang liat nak puasa ni dah cukup mencabar dah ni..

Tahun ni lain sket sebab dah ramai kawan. So langkah makin panjang. Minggu pertama je banyak masak kat rumah sendiri. Masuk hujung minggu sampai sekarang Alhamdulillah penuh dengan jemputan. Baik di Dubai mahupun Abu Dhabi. Rezeki Ramadhan..

Antara aktiviti wajib Iftar ialah berbuka kat Mina Kitchen. Tahun lepas tak berapa kenal orang sangat. Tahun ni rasa meriah terlebih plak. Mina Kitchen pun dah renovate sesket. Jadi kitorg macam dapat private room plak nak berjimba kat situ kan.. huhu...




Ni gambar tahun lepas, tempat yg sama


Ni yang wajib. 

Yang tak wajib dah bertambah. Bermula dengan jemputan Wak Kohl ke Dubai masa weekend yang pertama tu... Diorg siap masakkan untuk kitorg... Kelakar je rasa. Tapi sedap jugak la.. And jumpa orang2 baru..



Pastu ada la jugak aku wat potluk kecil kecilan kat umah aku. Ni pun nak memenuhi hajat seorg kawan yang nak menjamu rakan rakan bujang. Kata dia rumah dia tak sesuai, jadi ajak aku buat bersama. Orang ajak buat pahala.. takkan aku nak kata tak nak kan...


Lain-lain macam biasa je. Jemputan rumah kawan2 kat sini. Birthday party Rania. Iftar GEWN. Iftar GE Turbomachinery Team. Iftar dengan colleague. Iftar Sowwah Square. Noodle Bowl. G Dubai Tony Roma's. Bazaar Ramadhan Dubai Consulate. Potluk kat Embassy Malaysia in Abu Dhabi. Alhamdulillah.. Semuanya rezeki..








Sekarang ni tak sabar nak balik raya je... huhu....



Nasi Ayam Tamouh Abu Dhabi


Thanks to Wak Kohl sebab heret n blanja aku makan nasi ayam kat kantin Tamouh hari ni..

Rasa mcm best plak boleh pegi restoren and cakap mcm ni:
"Boss, nasi ayam ada? Bagi satu ekk.. Nak bahagian dada tau.. Ayam Roasted punya"
Kewl kan???

Ye saya mmg over..

Dah lama orang dok sebut2 pasal kantin Tamouh kat Reem Island ni. Memandangkan saya seorang yang cun, jadi saya tak berani la nak masuk ke tempat mcm tu sendirian. Akhirnya, di suatu hari yg damai, Wak Kohl telah mengajak saya untuk lunch di sini..

Tempatnya taklah teruk mana.. Boleh la kalau nak pegi sorang2.. I was imagining mcm real construction site tu.. rupanya tidak.. sangat proper dan kelihatan selamat. Bukak Sabtu ke Khamis sehingga jam 8malam. Petang2 ada jual goreng2 a.k.a ala' carte. Cook dia Malaysian Chinese. Rasa sedap. Harga boleh tahan murah. Nasi Ayam ni sepinggan 15AED. Air oren juice tu free and free flow.

Saya sangat happy. Hari ni saya buat kerja sambil bernyanyi kecil (macam la hari lain tak nyanyi kann)

Landmark, lepas Marina Tower kat Reem Island akan nampak satu Pencawang Elektrik warna kuning. Depan sikit pada tu jumpa la Tamouh. Bangunannya macam cabin construction site tu.