Tahun ni Alhamdulillah berjumpa lagi aku dgn bulan Ramadhan. Ada jugak rasa takut sesikit sebab tahun ni Ramadhan masa summer tgh peak. Walaupun tak semencabar kengkawan di UK, tapi untuk aku yg memang liat nak puasa ni dah cukup mencabar dah ni..
Tahun ni lain sket sebab dah ramai kawan. So langkah makin panjang. Minggu pertama je banyak masak kat rumah sendiri. Masuk hujung minggu sampai sekarang Alhamdulillah penuh dengan jemputan. Baik di Dubai mahupun Abu Dhabi. Rezeki Ramadhan..
Antara aktiviti wajib Iftar ialah berbuka kat Mina Kitchen. Tahun lepas tak berapa kenal orang sangat. Tahun ni rasa meriah terlebih plak. Mina Kitchen pun dah renovate sesket. Jadi kitorg macam dapat private room plak nak berjimba kat situ kan.. huhu...

Ni gambar tahun lepas, tempat yg sama |
Ni yang wajib.
Yang tak wajib dah bertambah. Bermula dengan jemputan Wak Kohl ke Dubai masa weekend yang pertama tu... Diorg siap masakkan untuk kitorg... Kelakar je rasa. Tapi sedap jugak la.. And jumpa orang2 baru..
Pastu ada la jugak aku wat potluk kecil kecilan kat umah aku. Ni pun nak memenuhi hajat seorg kawan yang nak menjamu rakan rakan bujang. Kata dia rumah dia tak sesuai, jadi ajak aku buat bersama. Orang ajak buat pahala.. takkan aku nak kata tak nak kan...
Lain-lain macam biasa je. Jemputan rumah kawan2 kat sini. Birthday party Rania. Iftar GEWN. Iftar GE Turbomachinery Team. Iftar dengan colleague. Iftar Sowwah Square. Noodle Bowl. G Dubai Tony Roma's. Bazaar Ramadhan Dubai Consulate. Potluk kat Embassy Malaysia in Abu Dhabi. Alhamdulillah.. Semuanya rezeki..
Sekarang ni tak sabar nak balik raya je... huhu....
No comments:
Post a Comment