Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Who's That Girl

Ramai yang x tau... and I took some time before posting this. Kenapa? Entah lah.. Both him n myself has been keeping each other a secret from anybody for quite some time.. And we're still trying to keep it that way.
Tapi lama2 org akan tau jugak... kan?
My E-day was 8th March 2014. A simple event. Dress in one of poplook creations. Make up using my own techniques. And headress with the help of my sister.
Honestly... I only have a selfie picture of myself in my tablet. Nothing more. Gambar lain semua kat org.
Excited? Sapa yang tak.. Cuma we kept things very simple. He didn't even come during or after the event. We're hoping to have a simple wedding as well.

Keceriaan Seorang Ibu

Mak memang slalu takde selera makan. Ni aku tau dari ayah aku. Dulu masa aku keje TNB mmg ayah slalu call aku suh balik sebab mak takde selera nak makan. Tapi setiap kali aku balik mak ok je makan..

Kalau kat Malaysia mak makan macam biasa je. Takde la banyak sangat pun. Tapi masa dia ada kat sini selera dia menjadi.. Dia memang makan sungguh sungguh. Almost semua benda dia makan habis. Mula mula aku agak tak habis sebab slalunya aku makan the same dish pun tak habis. Tapi mak boleh habiskan..

Pada agakan aku mak memang happy betul trip ni.. Dan aku lega berfikiran begitu...




Familia d'AD

Kecoh.. kecoh tak ingat punya...

Tapi seronok.. dapat jalan2 tunjuk tempat yang aku dok enjoy kat sini pada mak n kakak aku.. diorg memang dah dapat gambaran separuh kehidupan aku kat sini.. Mak datang 10 hari dengan Kak Li.. And Kak Li mengaku yang 10 hari tak cukup!!! Kak Su datang dengan Abg Edi 4 hari Dubai and 3 hari AD. And Kak Su baru je wasap aku cakap nak datang lagi.. Tak sampai sebulan dia balik Malaysia dah nak datang lagi.. No wonder la aku boleh bertahan kat sini ekkk...

Kak Su and Edi datang dulu. Masa tu aku tgh sibuk training n exam (akan diceritakan kemudian) so aku mmg tak layan la diorg.. Diorg kat Dubai pun masa tu.. Kak Su tetiap hari pegi Naif okk... Orang kat Naif tu kenal dia mcm org kat Global Village kenal aku okk...

Jumaat tu aku g amik diorg kat Dubai. Ingat nak balik AD terus. Tapi since diorg cakap diorg tak g outskirt of Dubai lagi aku pun bwk diorg g Global Village. First time sampai Global Village sebelum kol 4 ptg. And that was after lunch at the legendary Afghan Kebab.. Sekali rasa pasti nak lagi.. Seriously... Belum jadi taik pun lagi mutton tikka tu Edi dah sebut nak pegi makan lagi...




Lepas amik gmbr kt Burj Al-Arab, g MOE amik stroller Adam, makan Afghan Kebab kat Naif ang seround kat Global Village kitorg blk AD. Dan bermula la perkampungan Perkota di AD..
Kak Su and Edi went to dessert safari on saturday. Pagi tu kitorg g Sheikh Zayed Mosque and sempat makan Mandy Unta tapau kat umah Shiraz..






Sabtu malam tu jugak mak n Kak Li sampai. Memang meriah la umah aku malam tu.. Unfortunately ahad tu aku meeting dari kol 8 pagi sampai 8 malam. Balik umah just in time untuk send off Edi n Kaksu ke airport je..

Untuk mak and Kak Li... Travellog diorg panjang.. Ringkasnya, Madinat Zayed shopping kain and survey abaya for 6 hours. Dinner kat La Boulenger Corninche. Sheikh Zayed Mosque. Al-Ain trip. Dubai for 3 nights. Global Village. Dubai Mall. Burj Khalifa. Naif. Dubai Outlet Mall. Kesimpulannya trip ni memang trip shopping untuk diorang. And luxury as well.. tak pernah aku makan kat any of the restaurant depan Dubai Mall Fountain tu..


















Rindu

Tadi tengok Glee Season 2 Regional's Episode. Rindu kat budak kecik ni....







Wedding Kompang

Cerita 2

Baiklah.. saya sambung ye.. Cerita 2 ialah my brother's wedding reception at my side. Dewan Bistari Ayer Keroh was the venue. Preparation memang penat. Melayan Mak's request, Kak Li's demand and work calls. Conference call hampir setiap hari. Tu yang tak larat tu.

Hari majlis, bangun pun kol 9. Tuan rumah ni... Tapi kol 10 dah sampai dewan siap mekap ok... Our family was dressed in Batik Hijau from Chanting Bonda. Even my dress was designed and sew by them Luv it.. Very reasonable price considering 5 pasang kain untuk perempuan and 3 pasang untuk lelaki. Designed according to our favorite flower lagi.. Kelllasss ko Maria..


The reception of course got flaws here and there. Ramai yang jadi 'bidan terjun'. Including myself yang jadi bunga pahar girl terjun. 


Cerita sebaliknya, tempat cucuk bunga pahar mak andam tak sediakan due to miss communication. Dia kata kita bagitau bunga pahar nak buat sendiri. Kita kata mmg bunga nak buat sendiri tapi paharnye takde. Sudah nya Kak Su pegi beli kat Kota Fashion dan tu jugak. Siap cucuk orang dah penuh dewan. Takkan nak angkat g letak tengah ramai2 tu. There goes the story... Luckily, due to Mak Su and Auntie Sali bawak bunga pahar, Marisa setuju jadi flower girl. Comel Marisa..

Kali ni semua gambar Haris yang ambik. Gambar kitorg sekeluarga tak de dalam my camera. kena tunggu official photog bagi. Walaupun ada flaws di sana sini, tapi rasanya it is almost a perfect wedding. 














Wedding Bells

Ye, saya tau saya hutang cerita banyak gila ni...

Cerita 1.
My brother's wedding in Jitra.


Pelaminnya cantik. Bak kata Kak Li, ini setup memang untuk bergambar. Colour scheme pengantin dgn mak ayah semua cantik. Rasa macam tak sia sia beli baju tu utk Mak dulu. 
Anyway, as told, yours truly tak sempat sampai untuk akad nikah. Tapi certainly sempat utk majlis nye. Pagi2 the 2 monkeys dah datang ketuk pintu (bagai nak roboh pintu tu dibuatnya). Turun breakfast then naik sambung tido. Jet lag ok... Makcik yang datang kemas bilik tu pun pelik. Selamba budak ni tido aku tgh vacuum2 bagai ni ha...
Ramai yang mengiring pengantin ari tu. Ada my family, both of our Mak Su, Pak cik London's clan, newly Haji and Hajah Angah, owh.. orang jauh pun ada... Perth mari ok...sapa lagi ek? meh check gambar jap..





After the majlis, balik singgah jap kat lapangan padi ni.. hehhe... lama nau tak nengok ijou...


Pengantin pun tak pat nak amik gmbr kat sawah padi ni pasal hujan renyai2. Dah baju meleret leret kan... kang kene lumpur payah plak kan. hehe...

Balik hotel, tido, esok balik melaka relax and easy (for my family of course since I was the one driving..)

Dalam perjalanan balik, singgah melawat saudara mara di utara. Dah lama kan tak jumpa diorang. Mak Su Sungai Petani selalu la jumpa sebab Ani ada kat Melaka. Tapi singgah gak umah dia. Siap makan nasi lemak sebungkus.
Then singgah umah Pak Njang. Tiba2 sedih. Sayu hati tgk Pak Njang yang dulu sihat badan tegap sekarang dah tinggal tulang dengan kulit je. Masih boleh berjalan tapi tak kuat sangat. Mak Njang kata makan pun tak lalu. Semoga Pak Njang dapat semula selera makan dan tenaga untuk pulihkan penyakit yang lain. Amin..
Last skali singgah rumah arwah tok kat Sungai Bakap yang skang Mak Ndak duduk. Sayu lagi skali. Itu la tempat aku membesar (dramatic giller). Asal cuti sekolah je balik Sg Bakap ramai2 main basikal keliling porch, tangkap berudu, buai bawah rumah, cop tiang rumah, berebut tempat tido, bla bla bla.. Rindu kat arwah tok and tok wan.

Akhirnya sampai Melaka kol 3 pagi. Aku dah macam tak bernyawa lagi dah. Tido tak hengat dunia la lepas tu kan...

Cerita 2 - sambung lagi boleh?



New Addition

Ramai yang kata "asyik balik jek budak ni.."
Lelagi bila kali ni balik bukan masa raya puasa, bukan juga raya haji, bukan juga summer holiday. Abis dia ni balik sebab apa ekkk???
Aku balik sebab ni....


Kami menerima orang baru dalam keluarga kami!!!!! Wife to my big bro.
Orang Jitra Kedah. Lawyer ok.. sapa berani saman aku skang? I have a lawyer in da houz y'all.. haaa...

Walaupun terkocoh kocoh balik sebab nak jugak attend the wedding dekat Jitra ni, namun aku masih tak sempat attend the akad nikah. Conference Call je dengan Ayah masa my bro tgh menerima akad tu. 

Congrats to both of them. Really fancy a wedding after 10 years. (Wedding yg sebelum ni was my sis's which was 10 years ago. Didn't attend any of them coz was having my SPM at that time. So wouldn't want to miss this one...)

Raya Yang Bermakna - 2011


Aku balik Malaysia untuk beraya sejak 23hb lagi via DXB dengan MAS. Flight kol 6.30 ptg. So bukak puasa dalam flight dengan 3 chocodates, 5 batang sate, secawan teh tarik, chicken breast masak apa ntah, cheesecake, and bercawan cawan air. Kene minum banyak pasal esok sampai dah kol 6 pagi Malaysia and dah subuh. Dah la naik flight, puasa lak tu kan. Kompem dehydrated punye.

Sampai KLIA mak n ayah dah tunggu. Subuh jap terus balik Melaka. Dalam kete dah tido kejap. Sampai rumah tak boleh tahan terus tido tak hengat punya. Bangun kol 2 ptg (10 pagi waktu AD. Ok la kan..) start check email. Pasalnye aku tak amik cuti. So kene la keje..

Khamis tu bukak puasa dengan geng2 GE. Yang best nye kali ni, semua ada. Baik yang dah berenti, masih dalam team, akan berenti and bakal masuk team. Razman & Co, Faizal, Muhazmi, Jason, Kadzim, Anip, TJ, Liza, Pika, Lock and Myself. Meriah tak kira la Tupai Tupai tu. Malam tu jugak balik ke Melaka sebab kononnya nak spend as much time as possible dgn mak ayah.

Malangnya otw back Fara call mintak teman dia g KL on Friday sebab dia nak amik surat ape ntah kat MARA. So, Jumaat tu pagi2 g hantar kete mak for service. Than off to KL dengan Fara. G bangunan MARA. Amik surat Fara and back to Melaka. By 1pm dah sampai Mydin Melaka cari tudung raya. Pastu g amik kete mak yang dah siap service. G jusco beli baju sket. Pasar Ramadhan and balik bukak puasa kat rumah.

Sabtu, aktiviti wajib setiap tahun. 4Cast Iftar. Tahun ni tak ramai yang join. 7 orang je. Tema tahun ni : Kembali ke KGPA.


Ahad buat apa ek? Ooo.. Menikmati rumah baru. Hehe.. Bukan rumah baru. Tapi baru siap renovate. Lom siap sepenuhnya lagi. Kabinet2 belum pasang. And sehingga ke hari Ahad tu, bilik aku masih belum ada katil. 

Isnin baru beli katil. Orang sibuk buat lemang ketupat, aku sibuk cari katil, beli bantal, cadar segala. Malam tu bukak puasa dengan hasil tangan Edi.


Selasa = RAYA. Bangun pagi (sebab kene kejut dengan Marisa yang tido sekatil) Bersiap bagai. G Solat Aidilfitri kat Masjid Al-Azim. Tahun ni tak amik gambar kat masjid dah sebab rumah dah lawa..

Mak & Ayah

Family ~ Relax Pose

Men of the House

Raya pertama and kedua berjalan sakan ke rumah saudara mara baik sepanjang Paya Datuk termasuk la Kelemak sehingga ke Paku sana. Sebab nya Amin's Big Day is coming. So Mak sibuk mengumpul alamat nak ngantar kad jemputan nanti. Raya ketiga Mak and Ayah continued to Tedong tapi aku dah mula beraya dengan kawan2. The usual us, Nurun, Fara and Myself berkumpul kat rumah Fara. 

Tahun ni sempat jugak beraya kat rumah Shiela Qber yang tengah menunggu hari nak bersalin. Pak Su Shah Alam & Co datang beraya kat rumah. Sempat jugak run errands menukar postpaid ke prepaid. And last skali on Sunday getting ready to go back to AD. Isnin terbang.

Rasa pendek je. Apa yang aku observe raya kali ni, most of us dah tak suka2 hulur salam antara laki and perempuan walaupun saudara melainkan kepada yang berpangkat datuk and nenek. That's good. Dulu macam serba salah kan. Nak salam, rasa berdosa. Tak salam, takut mak ayah dituduh tak pandai ajar anak. Alhamdulillah, tahun ni tak payah risau2 sangat. Yang pangkat ayah sepupu pun tak hulur salam. Hopefully benda ni berterusan ke akhirnya...

Akhir kata

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN