Raya Yang Bermakna - 2011


Aku balik Malaysia untuk beraya sejak 23hb lagi via DXB dengan MAS. Flight kol 6.30 ptg. So bukak puasa dalam flight dengan 3 chocodates, 5 batang sate, secawan teh tarik, chicken breast masak apa ntah, cheesecake, and bercawan cawan air. Kene minum banyak pasal esok sampai dah kol 6 pagi Malaysia and dah subuh. Dah la naik flight, puasa lak tu kan. Kompem dehydrated punye.

Sampai KLIA mak n ayah dah tunggu. Subuh jap terus balik Melaka. Dalam kete dah tido kejap. Sampai rumah tak boleh tahan terus tido tak hengat punya. Bangun kol 2 ptg (10 pagi waktu AD. Ok la kan..) start check email. Pasalnye aku tak amik cuti. So kene la keje..

Khamis tu bukak puasa dengan geng2 GE. Yang best nye kali ni, semua ada. Baik yang dah berenti, masih dalam team, akan berenti and bakal masuk team. Razman & Co, Faizal, Muhazmi, Jason, Kadzim, Anip, TJ, Liza, Pika, Lock and Myself. Meriah tak kira la Tupai Tupai tu. Malam tu jugak balik ke Melaka sebab kononnya nak spend as much time as possible dgn mak ayah.

Malangnya otw back Fara call mintak teman dia g KL on Friday sebab dia nak amik surat ape ntah kat MARA. So, Jumaat tu pagi2 g hantar kete mak for service. Than off to KL dengan Fara. G bangunan MARA. Amik surat Fara and back to Melaka. By 1pm dah sampai Mydin Melaka cari tudung raya. Pastu g amik kete mak yang dah siap service. G jusco beli baju sket. Pasar Ramadhan and balik bukak puasa kat rumah.

Sabtu, aktiviti wajib setiap tahun. 4Cast Iftar. Tahun ni tak ramai yang join. 7 orang je. Tema tahun ni : Kembali ke KGPA.


Ahad buat apa ek? Ooo.. Menikmati rumah baru. Hehe.. Bukan rumah baru. Tapi baru siap renovate. Lom siap sepenuhnya lagi. Kabinet2 belum pasang. And sehingga ke hari Ahad tu, bilik aku masih belum ada katil. 

Isnin baru beli katil. Orang sibuk buat lemang ketupat, aku sibuk cari katil, beli bantal, cadar segala. Malam tu bukak puasa dengan hasil tangan Edi.


Selasa = RAYA. Bangun pagi (sebab kene kejut dengan Marisa yang tido sekatil) Bersiap bagai. G Solat Aidilfitri kat Masjid Al-Azim. Tahun ni tak amik gambar kat masjid dah sebab rumah dah lawa..

Mak & Ayah

Family ~ Relax Pose

Men of the House

Raya pertama and kedua berjalan sakan ke rumah saudara mara baik sepanjang Paya Datuk termasuk la Kelemak sehingga ke Paku sana. Sebab nya Amin's Big Day is coming. So Mak sibuk mengumpul alamat nak ngantar kad jemputan nanti. Raya ketiga Mak and Ayah continued to Tedong tapi aku dah mula beraya dengan kawan2. The usual us, Nurun, Fara and Myself berkumpul kat rumah Fara. 

Tahun ni sempat jugak beraya kat rumah Shiela Qber yang tengah menunggu hari nak bersalin. Pak Su Shah Alam & Co datang beraya kat rumah. Sempat jugak run errands menukar postpaid ke prepaid. And last skali on Sunday getting ready to go back to AD. Isnin terbang.

Rasa pendek je. Apa yang aku observe raya kali ni, most of us dah tak suka2 hulur salam antara laki and perempuan walaupun saudara melainkan kepada yang berpangkat datuk and nenek. That's good. Dulu macam serba salah kan. Nak salam, rasa berdosa. Tak salam, takut mak ayah dituduh tak pandai ajar anak. Alhamdulillah, tahun ni tak payah risau2 sangat. Yang pangkat ayah sepupu pun tak hulur salam. Hopefully benda ni berterusan ke akhirnya...

Akhir kata

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN





1 comment: