Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Tahun Baru

Selamat Tahun Baru!

Dah masuk tahun 2014... Tahun yang baru.. 

Kalau masa kat skolah dulu mesti kena buat karangan azam tahun baru.
Perlu ke azam tahun baru ni? In my opinion, perlu. Supaya kita akan sentiasa mempertingkat kan value diri kita. Jarang la kot orang berazam nak jadi jahat kan... Tapi azam ni tak semestinya masa tahun baru je kena buat. Bila2 pun boleh.. Yang paling penting kena set target yg realistik and timeframe. 

Tapi aku pun takmo cite apa azam aku... hahahha... cukup aku sorg je yg tau.. kalau nak simpan azam kat diri sendiri ke takleh ngelat la.... nanti sedap2 je tukar kan... huhu..

N btw, aku rasa seronok sangat sebab berjaya (bagi aku berjaya la) melawan hasutan syaitan dari memutuskan silaturrahim antara sahabat. Aku lawan perasaan kecik hati and pergi jugak ucapkan tahniah and dengar cerita dia. Alhamdulillah... Aku rasa lega sangat after doing so. Hopefully aku boleh teruskan sikap ni (ni pun dikira azam gak ni... nak elakkan perasaan hasad)

Park Your Car


This morning, on the way to work, I was listening to the radio. My fav here in UAE is Dubai 92. Catboy (the  male DJ) was reading some 'facts' about women and parking. One of the 'fact' is "Women would do what they can in order to avoid reverse parking". And then Jodybird (the female DJ) was saying "Not me".

It came to my mind. Not me either.. As far as I'm aware of myself, I reverse park much better than front park. Maybe hard to believe but it's true. Probably because, when I first got my driving license, I knew that reverse parking was a little bit harder than front parking. So, whenever I got the chance (which means all the time) I'll 'practice' my reverse parking skill. End up, I reverse park better than front park. 
Plus, being an engineer, most of the plant require us to reverse park our car for safety reason. So that in case of emergency we will be able to take out our car faster and everybody will be in the same direction.

Another interesting fact, during that discussion, I got to know some country call side parking as reverse parking. I'm not sure which country these Catboy and Jodybird came from. But they certainly came from different country. I'm with Jodybird, where side park means when you park your car side ways along the curb of the road. And reverse parking is when you park in a place where you can park normally but you reverse your car as you enter instead of drive forward into it. 

So, how do you park your car?



Gaya Orang Muda

Saya: mak cik, daun kesum ada?
Mak cik: depan awak tu dik..
Saya: daun pegaga ada cik?
Makcik: sebelah daun kesum tu dik..
Saya: bagi bunga kantan tu 3 cik..

Nasib baik bunga kantan aku kenal.
Kesimpulannya adik adik.. sila la belajar mengenal dedaun ini atau g beli kat jusco je where everything is labeled.



Jet Lag

Ye.. Setelah sekian lama tak travel dengan time difference lebih 3 jam (ye ke? rasanya baru bulan lepas blk KL...) kali ni punye jet lag agak teruk. Agaknye mmg either sampai sana jet lag atau blk sini jet lag.
Masa sampai Korea aritu pukul 12 tgh hari waktu tempatan. Aku paksa diri aku tak tido walaupun penat sebab dlm flight tido 4 jam je. Siap g swimming lagi tu.. Akibatnye aku dapat paksa diri aku tidur jam 11 malam dan bangun dengan baiknya jam 7 pagi.
For 4 days aku mampu buat benda yang sama, yakni tido jam 11-12 malam dan bangun jam 7 pagi. Mungkin sebab dah tune pada hari pertama. Jadi aku mampu menghadiri meeting dengan baik.
Bila balik sini, aku tido selama 4 jam jugak dlm flight. Bangun jam 3 pagi waktu AD. Pastu berjaya tak tido sampai 12 tgh malam. Tapi kenapa pada hari kedua, yakni hari ni, aku masih terasa kesan jet lag nya? Baru pukul 8.30 malam kepala aku pening macam dah pukul 2 pagi...

Peringatan Untuk Diri Sendiri


Perasaan sendiri ;

Betul. Mula dengan terpaksa. Lama lama jadi biasa. Mula dengan mengikut. Lama lama jadi ikutan. 

Aku mula pakai tudung sejak skolah tadika. Sebab mak anta Tadika Al-huda, yakni tadika agama. Siap blaja bahasa arab ko.. Pastu sekolah rendah pun pakai. Sebab masa tu kakak aku nan berdua dah skolah menengah and pakai tudung kat skolah. Jadi aku takmo ketinggalan walaupun beza umur kitorg 10 tahun kottt..... Continue sampai la skang walaupun tak sesempurna.

Sebelum datang Abu Dhabi ni pakai tudung tapi baju sesuki aku je la. Kadang pakai lengan panjang. Selalunya lengan pendek. Bila datang sini pernah kena tanya sekali dgn officemate. Dia pernah g Malaysia for honeymoon. Dia kata dia nampak kat Malaysia mmg ramai yg pakai tudung tapi lengan pendek. Sheikh kita benarkan ke? (Sheikh=Mufti) Sebab bagi diorg kat sini, kalau Sheikh dia kata takpe, means takpe la. Sheikh yang tanggung segalanya. Terdiam jap aku tak terkata. Aku kata kat dia, Mufti kita kata kena tutup siap stokin bagai. Sejak tu aku kuar rumah pakai lengan panjang. Tutup kaki masih lagi kadang2. hehe...

Sekarang aku dah biasa pakai lengan panjang. ada je alternatif. Jangan la pi buang habis semua baju2 lengan pendek tu kan. Aku blaja layering, cari sarung lengan yg sesuai (layering tak sesuai kot kat Malaysia... panas duhh...) Paling malas pun, sarung abaya yang front open tu masa nak pi buang sampah. 

Aku rasa, cara terbaik nak didik diri sendiri untuk beribadat ialah dengan rasa malu pada kawan2 sekeliling. Aku malu kot kalau colleague aku g surau aku dok melepak lagi. Malu gak tak pakai stokin bila g keje dgn local Emirati. Sebab pandangan mata diorg tu tajam. Rasa macam tembus je. Dan dan aku turunkan tudung kasi labuh sket. Padahal masa ustazah kat sekolah dulu suh pakai tudung labuh tak plak aku nak kan. Serius aku malu nk g ofis pakai tudung hamidah yg jarang tu tanpa pakai anak tudung kat dalam. 

Ada colleague aku cakap. Kalau kita nk berubah, kita kena tukar kawan2 kita. Aku rasa ada betulnya. Aku ingat Wardina pun pernah cakap benda yang sama. Bila aku pindah sini, almost everything jadi mudah. Sebab kat sini public pool mmg ada allocate time utk ladies. Gym pun asing. And aku bukan cakap pasal gym2 bodoh tu. Fitness First pun asing. So it become so easy to practice Islam. 

Aku ada kawan yang jaga solat lebih baik dari aku jaga solat aku. (pengakuan ikhlas ni.. huhu..) Tapi dia tak jaga aurat. Aku slalu pikir, betapa ruginya dia.. Kesian pun ada. Pahala jaga solat dia akan lebih menarik kalau ditambah dengan jaga aurat. Tak gitu? 

6 Sebab Kita Lambat Dipertemukan Jodoh

Skang ni saya tengah demam. Well... bukan la demam as in temperature naik. Yang lebih tepatnya ialah tak sihat. Jadinya dah 4 hari terperuk dalam rumah. Apa lagi yg boleh dibuat kat rumah ni kan.. TV pun dok ulang cite yg sama je. Almaklumlah... Free Channels...
Jadinya secara tak sengaja (betul punya tak sengaja ni) ter'luncur' kat blog ni. Menarik gak isu2 dalam dia. So dari satu link ke satu link saya baca. Akhirnya saya jumpa satu topik yang saya rasa nak share. 
Dia cite kenapa kita lambat dipertemukan jodoh. Kalau tak salah pemahaman saya dia pun copy dari Dr Fadzilah Kamsah. Saya copy paste je la ek...

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr HjMohd Fadzilah Kamsah lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Ulasan saya sendiri....
Betul la kata dia tu. Nama dia pun Dr Fadzilah Kamsah kan. Takkan nak kata tak betul plak ye tak. Tapi biasa la. Tak semua 6 tu akan menyebabkan kita lambat bertemu jodoh ni. Jadi jgn la tetiba kata "eh, mak ayah aku dah restu dah... tapi tak gak aku kawin" cenggitu kann... I personally do feel that my dad actually thinks that I'm still his little daughter. That's the downside of being anak bongsu. Also pasal usaha belum sempurna. This applies not only to things matters to jodoh. But also to other things. Saya slalu cakap dengan colleague saya pasal ni. Kita mmg tak tau bila yang dikatakan usaha kita tu cukup. Mungkin untuk saya, saya tak perlu buat apa apa tapi peluang tu datang bergolek golek kejar saya. Tapi bagi dia mungkin dia kena hantar resume ke 100 company baru dia akan dapat. Selagi belum capai nombor 100 tu selagi tu la dia takkan dapat keje lain. Masalahnya kita tak tau berapakah nombor yang ditetapkan untuk kita berusaha. Apa yang kita boleh buat ialah terus berusaha.
Kalau nak ulas satu persatu mmg panjang la entry ni kan. Jadinya yang lelain tu saya tinggalkan untuk korang ulas sendiri..

Berusahalah



And the saying actually continues....

"MAN ZARA'A HASSAD"

Which means...

Those who plant the seed will get to harvest it.

Sorry...

Sebulan jugak tak update blog ni ek.. banyak dah cite hutang ni.. huhu.. seriously terlalu byk. jadinya... macam mana ye?

Deja Vu~

Bukan perasaan macam pernah berlaku. Tapi memang kompem pernah berlaku. Sesiapa yang ingat, dulu memang aku ada tulis kat blog lama. Tapi blog tu dah kene discontinued kott.. Sikit recap; dulu dari 6 org AE, hanya 4 yang layak dapat L position, tapi akhirnya 5 yang dapat. Yours truly of course la TAK DAPAT kan... yang menyebabkan aku 'melarikan diri' ke padang pasir ni.
Kenapa deja vu? Same thing happened here ke?
Not really... tapi lebih kurang. Probably even worse.
Hanya ada 4 org dlm dunia ni yang same post as I am. Dah tentunya aku je la yang dah makan tahun kat sini. Yang lain semuanya baru masuk tahun ni kan. Di satu hari yang damai, keluar lah announcement dari HQ beberapa nama telah di pilih menjadi pangakt S. Dari list nombor 1 ke nombor seterusnya kitorg ok je. Gelak gelak ucap tahniah kat tuan empunya diri. Sehingga la.....
"What??!!!!!"
The guy who replace me in KL, who is just 1 year in this company, who needs to be supervised, who continuously seeking advise, who handled not even 20 proposals in a year, got S position???!!!!!!!!!!!

I am officially speechless... Perlukah aku membawa diri ke cold storage plak?