Raiqa Dates


Malaysian kat AD ni ada satu habit (Malaysian yang aku pernah jumpa la. Malaysian lain I tak tau ek...). Habitnya ialah, kalau satu Malaysian dah suka satu kedai ni, semua akan pegi situ. Takde koser nak survey2 lagi dah nye. Like seriously. Dari restoren, kedai abaya, kain (very specific lagi... silk kedai lain cotton kedai lain) kurma sehinggalah ke kedai langsir. So, kalau Malaysian yang baru nak sampai kat AD ni tak payah la korang susah2 nak survey murvey bagai. Carik je any Malaysian, korang akan dapat the best deal.
Makanya, ari ni aku nak cite pasal kedai kurma ni. Al-Raiqa nama kedai dia. Terletaknya dia pasar kurma, Meena Port. Masuk kat Fruit & Vegetable Market. Jalan yang jual kurma ni dekat sebelah jalan jual buah. 

Kat pasar kurma ni, sepanjang panjang jalan tu kedai jual kurma. Tapi kalau Malaysian yang pegi, kompem akan terus ke kedai Al-Raiqa ni. Memula kazen aku bwk aku g sini. Pastu bila aku jumpa Cik Nad, aku ckp le nanti aku bwk g kedai kurma best. Sekali dia dah g dgn Azie. Bila kitorg bertiga g sekali, semua berenti kat kedai yang sama. 
Kat sini harga letak tu boleh di tawar tawar. Macam2 jenis kurma ada. Dari yang fresh, sehingga la yang dah dicelup coklat. Dari kurma Abu Dhabi sehingga la ke kurma Saudi. Kurma Ajnabi pun dari yang saiznya kecil hingga la ke saiz besar. Dari yang AED15 sekilo sehingga la AED200 sekilo pun ada. Sume pun boleh di rasa di tempat kejadian. Kalau agak2 tak nak beli, g la dengan perut kosong. <- dasar Melayu.

Oleh kerana kedainya berturut Amber Dates tu nama kedai sebelah tau...

Cik Nad ngajor cara makan kurma fresh kat org baru 4 ari

Kurma2 yang harganya lebih AED100 dok dlm aircond

Perbincangan tahap penawaran harga yang nak diminta japgi





No comments:

Post a Comment