Nak Mintak Pendapat Sket

Apa pendapat korang?

Watak:
Si A ni lelaki. Umur 40-an. Dah kawin anak 3.
Si B lelaki gak. Umur 40-an gak. Pun dah kawin.
Si C perempuan. Bujang.
Si D perempuan. Bujang.
Si E perempuan. Berkahwin.

Lokasi:
Perantauan, jauh dari keluarga masing masing (termasuk la anak bini)

(Macam nak buat drama radio plak ekkk...)

Anyway, A B C dan D kawan baik. Slalu kuar sama2 la. Makan, tengok wayang, lepak ngutuk orang lain and all. Then satu hari A call C ajak kuar dinner. Katanya B ada skali. Tapi C sibuk. So C kata lain kali la. Pastu another day came. A call C lagi ajak dinner. Masa tu C mmg nak kuar tapi D not available. Kiranya bila A call ni mcm orang mengantuk disorongkan bantal la kan. C ingat B ada sama. Tapi bila C sampai ada A sorg je. A kata B tak angkat phone. So A and C pun having a good dinner.

The week after that, A call C lagi. Ajak dinner lagi. Masa tu C still kat ofis. A kata takpe la, dinner dekat2 dengan ofis C je. C rasa tak sedap hati. C ajak E skali. Bila g kat restoren, C lega sebab B pun ada. After dinner, B kata seluar C kotor kat bahagian bontot. C takmo la tepuk tepuk bontot kat depan A and B. Tetiba A tepuk bontot C there and then jugak. C terkejut beruk mat yeh...

C dah mula mcm nak hangin ngan A. A B C and D g main futsal. C cuba ignore A. Tapi A sedaya upaya nak get C into the conversation. The next day, A B C D E and a few others g tgk wayang. A takmo release phone number C kat 'a few others' tu. Than after wayang, g minum A mcm ter over give attention to C plak. Sampaikan D and E pun perasan that over acting si A ni.

So, C D and E started discussing about it. Probably A has a crush on C. Tapi A kan dah kawin. So C jadi conscious la. Jadi nye C dgn D pun nak try experiment. Mengikut statistik, A akan ajak C dinner hari isnin n rabu. So C akan cuba ngelak tgk apa jadi.

Isnin seterusnya, C cepat cepat ajak D and E kuar dinner. Plan asal isnin ngan rabu C akan g gym. Tapi isnin tu C tak larat otak. So contingency plan is D and E la. Just before C D and E kuar, A called C ajak kuar gak. C cakap la dia kuar ngan D and E. Jom la ikut skali. Memula A kata ok. 2 minutes after that A call balik tanya, D ngan E tak kisah ke dia nak join. C was like, bukan ke biasa ke kita g makan sesama. Asal nak kisah lak. 5 minutes after that phone call A send sms to C kata tak jadi nak join. C cite kat D. Now D dah rasa tak sedap nak kawan dengan A.

Skang ni, kalau u lelaki, cuba u komen kenapa A tu wat camtu?
And kalau u pompuan, u rasa D kecik ati tak kat C?

Tolong la komen ye...

5 comments:

  1. huhu...belit2 dgn abcd hehehe...A suke kat C larr tu...kalau aku jadik D,aku x kecik hati kot hehehe

    ReplyDelete
  2. Sume kata A suka kat C. Tapi A tu dah ada anak 3 kott... macam tak melampau ke nak suka suka kat C?

    ReplyDelete
  3. 3 anak?kalau die duda ape salahnye...yg peting die baik...ade membe aku kahwin dgn dude anak 5 bahagia je sampai sekarang..tp C kenala suke..kalau x suke..nak buek apa kan..

    ReplyDelete
  4. dia bukan duda. tu la punca tanda tanya ni...

    ReplyDelete