Eid Mubarak


Mandey!

Dah berkali kali dah g makan sini. Mina Kitchen. Tempat fav Malaysian kat AD ni utk melantak Mandey Rice. Tapi tak pernah sempat nak amik gambar. Pasalanye, sampai je dulang terus serbu. Kali ni pun bukan aku yang amik gambarnye. Kalau tgk kat gambar pertama dah nampak dah aktiviti serbuan itu.. hehe.. Majlis berbuka puasa dengan fellow Malaysian in AD. Kita kasi konker satu section. Siap buat solat Maghrib jemaah kat situ. Makan tak hengat punya...


Pesanan Buat Peniaga Online

Awak tu dah la mencari rezeki tambahan. Adat org berniaga la, mcm2 karenah pelanggan yg u akan jumpa. Especially bila kita bertanya sapa ada jual, n u cakap u ada jual, offer diri nak menjual kat kita.

Mana la kita tau awak keje ke tidak. Kalau keje, keje kat mana rumah kat mana.. So tak pyh la nak berkasar bahasa bila kita yg nak membeli ni meluahkan rasa concern takut barang tak sampai sebelum waktunya. Bukan kita suka suka nak demand itu ini. Cumanya kita ni duduk jauh. Balik Malaysia jarang sekali. Kalau u nak ikut your own sweet time untuk pos barang tu bila kita ni nak dapat nye?

Dah la awaknye respon lambat. Kita ni dah semangat nak transfer duit sejak hari Jumaat lagi. Isnin baru awak bagi nombor akaun. So sendiri mau ingat la ok..

Kalau agak2 tak tahan karenah pembeli, tak pyh berniaga. Habis cerita.

Misi Pencarian Abaya

Aku start beli abaya sehari sebelum puasa (3 jam sebelum azan maghrib 1 Ramadhan). Beli kat KM bwh rumah je. Reason being, aku nak g terawikh n terlupa orang sini tak pakai telekung. Kalau aku g terawikh pakai telekung dari rumah gedebash gedebush habis satu UAE ni dok beratur tepi jalan nak tengok. Being emergency, tempat paling dekat nak g beli abaya bawah rumah la...

Tak leh nak mengada ngada sangat. Apa ada rembat je. Makanya belila yang berikut...



Satu sarung and satu bukak depan. Saje nak try coz tak tau yang mana selesa. Nothing fancy jugak sebab kat bawah tu tak byk sgt choices. And I got these for AED130 each. Ok la.. Not too bad..

Then, one of my friend start kirim abaya. Maybe nak pakai raya. Dia nak yang ada sulan/corak kat leher jugak. So tak boleh la nak g beli kat bawah sebab choices limited. Dah rasa letih dah memikirkan nak kene pegi Madinat Zayed plak kan nak mencari. Dah la aku tak berapa suka g situ due to a certain reason. So I was delaying the plan a bit.

Tetiba my best friend plak mintak. She's not the kind yang pakai baju kurung. Apatah lagi abaya. So bila dia mintak tu aku tak sampai hati nak abaikan permintaan dia. Takut kang dia turn off terus kan. Dah elok2 dia nak pakai terus kensel. So, lepas bukak puasa berjemaah kat rumah Nadia, bermula lah misi pencarian abaya ini dengan Azie yang juga mencari satu lagi abaya kiriman makcik dia.

Azie dah lama kat AD ni. So dia tau la jugak selok belok membeli kat Madinat Zayed tu. Dari satu kedai ke satu kedai kitorg masuk. Basically semua kedai kitorg masuk.

Abaya kat sini range dia dari AED150 ke AED500. And itu ialah harga sebelum proses tawar menawar berlaku. Yes.... Kat sini kene tawar. Tips menawar ialah:

~ Kalau ada mak arab dalam kedai tu tengah memilih = forget it. Keluar je la dari kedai tu. Penjual itu akan menjadi sangat sombong dan harga bukak je dah lebih dari AED300 walaupun design nye simple.

~ Lepas penjual bagitau harga abaya yang u tanya, buat muka terkejut and muka tak suka. Then dia akan tanya how much do you want. Tanya dia balik how low can you give. Dia akan bagi satu figure.

~ Rules of thumb, diorg sebenarnya boleh turun sampai half the price yang dia bukak mula2 tadi. Kalau tak betul2 half pun maybe 40% to 45% dari harga bukak. 

~ Kalau tak dapat harga yang u nak, keluar je dari kedai tu. Most of the time the same design akan ada kat a few other kedai.

~ Cuba pegi kedai yang kecik mcm tak muat nak berpusing2 kat dalam tu. Slalunye kedai yang kecik ni murah sket.

Kitorg jumpa kedai yang terbaik kat tingkat atas, kedai hujung skali. Kecik je kedai dia. Ada 2 orang penjual. Kalau ada 4 customer sure tak boleh bergerak kat dalam tu. Nama kedai MAK GARMENT. Direction tu kedai, naik escalator depan Abu Dhabi Co-op, make a U-Turn. Lalu kat sebelah food court (Bon Burger). At the end of that lorong turn right. Kedai tu hujung sekali belah kiri. Just cakap you Malaysian, Insyallah akan dapat good price.

Akhir kata, misi kami berjaya setelah mencari selama dua jam. Sehelai abaya kitorg dapat dengan harga AED150.

Abaya Selisih Depan

Abaya Sarung Habis Leher Cekak Musang

Abaya Sarung Habis Leher Melayu Johor

Setiap helai abaya datang bersama Shayla nye. Apa Shayla tu? Shayla tu ialah selendang panjang (super panjang) yang ada the same design as your abaya at one of the end.



Have fun shopping!


Terjadi lagi

With reference to this post, here's the continuity.

Apa maknanya kalau dia tanya aku soalan yang dia dah tanya @ndy sebelum @ndy g bercuti? Masa dia tanya tu dia tak bagitau yang dia dah tanya @ndy. Lepas aku bagi jawapan baru dia bagitau. Lepas tu dia takleh terima jawapan aku. Sebab tak sama 100% word by word dengan jawapan yang @ndy bagi. Konsep nye still sama, cuma approach berlainan.

A dear friend advised, jangan sampai dia claim kat @ndy yang aku tak perform and subsequently comment dia tu akan effect akunye performance rating.

Apa patut aku buat?

A. Buat bodoh
B. Bagitau kat @ndy
C. Confront dia
D. Backstab dia balik (oohh yesss... I am capable of doing that...)

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah


Subhanallah! Maha Suci Allah!

Tiba tiba aku rasa beruntungnya rakyat Malaysia dapat menonton rancangan ni kat TV mcm tu. Aku dapat tgk ni pun sebab ada kawan2 yg share kat facebook. Alhamdulillah!

Pendapat aku, ramai lagi di luar sana yang mempunyai kisah hidup yang macam ni. Mungkin diorg bukan public figure, mungkin sekadar orang sekeliling kita yang kita jumpa setiap hari.

What about MY STORY? Takde la hebat sangat. Tapi aku terpanggil nak share sikit la. Skang ni pun aku bukannya baik sangat. Tapi aku rasakan ada perubahan positif. Kalau orang yang kenal aku dari dulu mungkin perasan. Kecik je perubahannya. Iaitu aku mula memanjangkan lengan baju. Perubahan yang kecil pada pandangan orang, tapi amat besar dalam hati aku.

Ramai tau aku dulu skolah agama. Dari tadika sampai la habis form 5. All the way. Tapi still degil. Nakal. Even kat skolah pun berusaha nak jadi nakal. Sampai masuk U lagi hancur. Takde warden kan. Favorite clothing, t-shirt lengan pendek, jeans n tudung selimpang. Bukan aku tak tau. Aku slalu cakap, akunye ilmu mungkin lebih tinggi dari kwn2 lain yang bertudung labuh. Tinggal lagi aku yang pilih untuk tak follow.

Bila pindah AD ni, aku still lagi mengekalkan imej yang sama. Sampai di suatu hari yang damai, masa outstation ke Madrid, one of my colleague tanya. Kenapa aku pakai tudung lengkap. Takde sehelai rambut pun dia nampak. Tapi baju lengan pendek. DANGGGG!!!!!

Terpanggil kejap. Alhamdulillah, sebelum aku pindah sini aku dah beli X10der Dahlya yang bertujuan untuk memanjangkan apa yang singkat. Baik lengan baju mahupun panjang baju. Aku start pakai secara serius, bukan hanya bila tergerak nak pakai. Then, aku mula kumpul cardigan, t-shirt lengan panjang n blouse yang labuh2. Alhamdulillah, aku diberi rezeki yang mencurah di mana income aku agak tinggi dan membolehkan aku menukar rupa wardrobe aku tanpa rasa beban.

Perubahan yang kecil pada pandangan orang lain, tapi amat besar dalam hati aku. Insyallah, perubahan2 kecil ini akan berkumpul dan menjadi besar suatu hari nanti.

Bubur Chacha


Chacha (beli kat supermarket) - 2 cawan direbus sampai empuk
Santan (kotak atau perah) - 500ml atau 2 cawan setengah
Gula melaka (diracik atau hiris) - 1/3 cawan
Gula pasir - 1 cawan
Garam - secubit

Masuk santan dalam periuk. Panaskan dengan api kecil. Tak perlu tunggu sampai mendidih sebab tak nak pecah minyak. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Bila semua bahan dah larut, masukkan chacha yang dah empuk direbus tadi. Panaskan lagi sampai dia mula menggelegak. Tutup api.

Kalau boleh rasa (tak puasa), rasa la tgk gula cukup ke tak. Kalau nak manis lagi tambah gula lagi.

Jodoh Yang Tak Kesampaian

Ini ke yg org kata as takde jodoh???

Dah berkali kali kitorg try nak berbuka sama2. 1st time plan, miss-communication. Aku cakap kat dia aku free je bila2 pun. So dia take things for granted and call sesukahati dia expecting aku free there and then untuk berbuka dengan dia. Aku pun silap sebab tak sedar yang aku ni boleh jadi banyak komitmen jugak sejak dah kenal ramai Malaysian ni. Dia merajuk.

Then kita janji nak cuba tarikh lain. And dah ada tentative date dah pun. Aku pun free up akunye schedule walaupun ada orang lain ajak berbuka sama. Sampai harinya dia tak call. Aku send sms dia kata tak jadi coz dia kene jumpa doktor. Jumpa doktor time berbuka ke? Kalau nak jumpa doktor lepas berbuka pun tak boleh ke berbuka dengan aku dulu? Aku plak merajuk.

Esoknya dia call trying to say sorry and merajuk kecik kecik sbb kononnya aku tak call dia tanya khabar semalam. Dia ajak berbuka hari tu. Tapi aku dah ada plan lain. Nak berbuka kat embassy yg jugak tak jadi g sbb miss-communication jgk. Dia ajak hari Jumaat. Aku dah janji nak g Dubai kat Joned. Dah janji dgn Joned seminggu dah. Takkan nak kensel. Then dia accuse aku yang menyusahkan plan.

So Jumaat tu aku bincang dengan dia, book date sesiap bila nak berbuka sama. Tak yah nak merajuk merajuk lagi. Dapat la harinya. Ahad. Which is today. Tapi sampai skang jam dah pukul 6.47pm aku tak dapat contact dia. Call tak angkat. SMS tak berjawab. Ini ke yang dikatakan takde jodoh?

Berpuasa di AD

Dah lebih 10 hari Ramadhan. 13 to be exact. Apa bezanya berpuasa di AD dgn berpuasa di Malaysia.

1st of all, obviously sini TAKDE PARAM. So takde la aktiviti memilih lauk, rambang mata nak ayam percik yang mana satu n air kaler yang mana... Apa terasa nak makan sila masak sendiri. Makanan pun fresh. N takde la masalah Pak Aji yang membotakkan kepala. Pro ialah no more makanan basi. Cons ialah I Miss PARAM. It's a Malaysian thing... It's part of our lives..

It's a law that we're only allowed to work maximum 6 hours a day. So, kol 3 dah balik. (lalalallalla) Tapi being a GEian.... there's no such thing as working hours. So kadang2 tu balik jugak la pukul 5-6 kan.. Tapi being me... ada aku kisah?

It's a good thing that I live very near to a good mosque. So I got to go to a good terawikh. A decent one that is. Memula aku tak sure masjid tu org perempuan leh g ke tak. Coz a few mosque here there's no section for ladies. So that 1st night of Ramadhan, after Isya' azan, I stared at the window (yes, the moswue is so near that I just have to look out the window to check out) and see if there're any ladies going. At the first sight of lady, I head to the door and got my terawikh done. This is a good mosque because dia baca decently. Ada certain masjid yang baca ayat2 lazim je. Ada masjid yang baca satu ayat terus AllahuAkbar. Another thing, aku tak nak nampak obviously out of place while doing my terawikh here. So I got myself an abaya for that.


Since aku dah kenal a few other Malaysian kat sini, maka every 2-3 days ada je jemputan berbuka kat umah one of them. Kind of cool jugak la. Dapat bertukar tukar juadah. Best jugak. And every Thursday Malaysian Embassy buat majlis berbuka secara pot luck. Mean sapa yg pegi bawak la juadah untuk 10 orang camtu, Then kita tukar2. I missed that due to miscommunication issue. hehe.. next week's thursday is Azie's farewell. The following thursday sudah ada di Malaysia you'allsss..... So till next year ok...

One thing that I feel like sangat beruntung is the ability untuk beribadat. Sebab aku dok sorang. Aku boleh baca Quran ikut kehendak aku. N perform terawikh kalau miss g masjid. It feels kind of nice actually..

Alhamdulillah aku diberi peluang merasai semua ini. It makes everything else seems beautiful.

Ayat Amana Rasul


Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampunkan siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab kitabNya dan rasul rasulNya. (Mereka mengatakan) "Kami tidak membeza bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasulNya," dan mereka mengatakan "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa)"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali"

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

I started reading the Tafsir when I came to Abu Dhabi. Not that fast though. Coz I do plan to understand what I'm reading and relate it to the Ayat. And I came across this Ayat which was thought to me since I was little. I was force to memorize the Ayat. I was quizzed to recite the Ayat. And I recite it almost every time after Solat in school. But NEVER I was thought about the meaning of this Ayat. 

Ayat Amana Rasul.

That's the name of the Ayat. When i came across this Ayat while reading the Tafsir, I almost cried. The meaning are BEAUTIFUL. The kind of Ayat that I would need when I feel like crying over a tough customer or colleague. The kind of Doa that I would love to recite every minute of my life and definitely would like for Allah to make it true. It's so beautiful. So meaningful. Especially the last sentence. 

And because of that, I would like to share it with all of you. 

Daging Dendeng


500g Daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Bahan Kisar:
3 sudu besar jintan 
10 ulas bawaang merah
3 sudu besar cili giling
1 inci halia

Perapkan daging dengan bahan kisar sekurang kurangnya 15 minit.
Panaskan kuali dan tumis bahan kisar yang selebihnya.
Masukkan kicap.
Masukkan daging.
Masukkan tomato.
Masukkan gula dan garam.
Biar atas api sehingga kering. Kacau sekali sekala.



Bubur Lambok


Adat duduk di perantauan la kan.. Dulu rasa nak makan bubur lambok je g mana mana masjid amik free. Skang nak makan bubur lambok kene buat sendiri. So, look up resepi kat MyResepi dan berhempas pulas la di dapur...


Tumis halia <saiz ibu jari>, bunga cengkih (clove), kayu manis (cinnamon), jintan (cumin), black pepper




Lepas dah tumis sampai naik bau, masukkan beras <1 cawan>, santan <satu cawan> dan air berlebihnya.. rebus la beberapa lama sebelum masukkan bahan2 menambah nambah di bawah...


Bawang goreng untuk hiasan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SIAP!!!!!









Ramadhan Kareem


From the Bottom of My Heart I wish
you a very Ramadan Kareem, and pray to Allah to Bless you
and your loved ones, accept your deeds and prayers,
and grant you His mercy and Happiness
in every step of your
Lives.