Blogger Masterchef Malaysia


I know most of us knows about Masterchef (isn't it?) Macam dah jadi satu fenomena dunia kott... Serupa macam those 'idols' show. There's Masterchef USA (I think this is the 1st one) and I know there's Masterchef Australia. 
Apa yang best sangat tengok Masterchef ni? 
Well, for those yg passionate about food tengok Masterchef ni macam dream come true. Sebab it's a reality TV show (obviously) featuring amateur cook ONLY. Boleh la berangan macam kita yang tengah masak kan. Walaupun takde voting system untuk undi peserta keluar/masuk, tapi viewing rating dia memang tinggi.
And I came across to know that Masterched is coming to MALAYSIA!!!! Boleh la tukang masak tukang masak amatur sekalian tunjuk sudip dan belanga masing masing. hehehhee... aku dah imagine, mesti salah satu inovation challenge dia ada mee udang ke, asam pedas ke, nasi ayam.. perghh.. syok gak tgk sekali 20 org masak nasi ayam dengan cara masing2 kan...
Malangnya maybe aku tak dapat nak tengok semua episod. Memandangkan ia akan ditanyangkan di Astro Ria (Channel 104) sahaja... Starting 22nd October 2011, Sabtu sampai Rabu kol 9 malam. Masterclass plak Jumaat 9 malam. Masterclass ni nanti judge2 Masterchef ni (slalunye ada 3 org) akan tunjuk teknik2 special memasak. Pernah tgk Masterchef Australia nye judge tunjuk macam mana nak buat Hummus. Terkejut den.. Aussie pun reti makan Hummus ke...



Anyway, for more information about the program itself boleh la jenguk jenguk kat facebooknya, twitternya, or  official website...

Having said that, andaikata aku berpeluang nak bertanding (dah mula nak berangan dah ni) apa aku nak masak masa 'interview' dia ek?

Kalau ikut my personal history of cooking dalam blog ni, takde yang memberangsangkan sangat kott.. Blog lama dulu aku ingat lagi ada a few entries yang sangat membanggakan. Tapi malangnya blog tu friendster dah tutup (bukan aku yang tutup tau..) So tak dapat la nak re-post resepi kebanggaan aku tu.

Memandangkan aku ni memang a dessert person, kalau aku nk g ujibakat Masterchef, I would have shared this recipe. Our very own family tradition on every Eid.



Seriously, pergila mana2 rumah pun. Aku belum pernah jumpa lagi kek ni kat rumah orang lain. Even we come from the same nenek (resepi ni nenek yang ajar), kalau pergi rumah our cousins pun u takkan jumpa kuih ni. Unfortunately, walaupun tiap tiap tahun buat, tapi setahun sekali je la. hahahha.. so resepi takde dalam kepala. kuang kuang kuang.. kompem takleh masuk Masterchef...


Another one of resepi yang dibanggakan is this one.


Bread and Butter Pudding

Ayah pernah cakap, this is his favorite kuih. Tapi Mak tak reti buat. Masa tu aku umur 17 camtu kott... So aku nekad yang satu hari nanti aku akan blaja jugak macam mana nak buat nye. Masa aku mula2 start baking (selain kek lapis seri kaya tu-rasanya takleh kira kot pasal tak ingat resepi) inilah kuih pertama yang aku blaja buat. Happened to be, bebudak team aku kat KL dulu suka kuih ni jugak. So setiap kali ada potluck memang kuih ni je la yang aku bawak. And tak pernah TAK habis okkk....

A simple recipe but perfect...

Main kuih:

Roti - 8 keping
Susu UHT - 500ml
Mentega - 2 sudu besar
Telur - 2 biji
Gula - 4 sudu besar
Esen vanila - 2 sudu kecil
Kismis hitam - 2 sudu besar

Pukul telur dengan mentega sampai hancur. Masukkan gula dan pukul lagi. Masukkan susu dan gaulkan sehingga sebati. Campur esen vanila. Masukkan adunan dalam bekas yang hendak diguna untuk hidang. Carikkan roti dan susun. Biarkan roti terendam dalam adunan sehingga 30 minit. Taburkan kismis hitam di atas roti yang sudah lembut. Bakar (Oven dipanaskan selama 10 minit pada suhu 180degC dan bakar selama 20 minit) atau kukuskan (kene pandai pandai sket la kalau nak kukus. Dalam 20 minit cuba cucuk puding tengok masih cair atau tak).

Kuah:

Tepung kastad - 2 sudu besar
Susu cair - 1 tin (500ml)
Gula - 2 sudu besar

Panaskan susu cair, gula dan tepung kastad atas api sehingga bahan mula nak menggelegak (dalam 2-3 buih dah mula meletop). 

Sedia untuk dihidang.








No comments:

Post a Comment