Sakit Itu Penghapus Dosa Kecil


Bukan saya yang kata. Hadis di bawah yang kata...

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa dosanya seperti pohon menggugurkan daun daunnya"    Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Whatever it is, keputusan samada nak hapuskan dosa atau tidak hanya Allah je yang tau. Siapalah kita nak kata "Aku sakit, dosa aku dah terhapus. Yeay..." Tak semudah itu beb...

Tapi antara terapi minda yang boleh kita lakukan ketika sakit ialah dengan mengingati Hadith tersebut di atas. How exactly? Bila kita sakit, kita selalunya lemah semangat. Makin lemah semangat kita, makin payah kita nak kembali sihat. Terapi minda yang saya katakan ialah dengan cara menyedapkan hati yang sakit ni tandanya Allah sayangkan kita. Dia nak kita ingat Dia. Sebab tu Dia bagi kita sakit. Bila kita ingat Dia, Istigfarlah. Hilanglah dosa kita kepadaNya, Insyallah...

Kadang kadang saya juga psiko kan diri saya, teruk sakit kali ni. Besar gak dosa yang Allah nak aku muhasabah diri ni.. Jadi jangan bersedih sangat masa sakit. Allah bagi kita dugaan sebab Dia dok perhatikan kita tapi kita terlupa nak 'perhatikan' Dia. Jadi Dia nak bagi kita ingat kat Dia. Makanya, renungkanlah kembali dosa dosa yang telah kita lakukan. Mintalah ampun kepadaNya. Selesai semua dosa kita minta ampun, Insyallah sakit kita pun baiklah.. 

Itulah terapi minda saya semasa sakit.


Saya sakit apa ek?


Pneumonia.
Saya kena ulang cerita ni dah dekat 10 kali. Sebab 10 org berlainan yang tanya. Jadi saya blog kan kat sini. Pasni sapa tanya saya bagi link ni je. huhu..

Memula saya sakit gigi pasal wisdom tooth tumbuh. Kemudian saya makan ubat antibiotik yang doktor bagi. Akibatnya mata saya bengkak sebab allergy to the antibiotic. Jadi saya stop. Bangun tido esoknya tekak sakit, nafas pendek. Saya pun belasah Strepsils and ubat2 lelah saya. Sehari selepas itu saya decide nak jumpa doktor. General Practitioner je. Cerita la cerita diatas. Doktor bagi ubat lelah, ubat allergy, and ubat sakit tekak. Saya pun balik dan amalkan ubat2 tersebut. Selepas 3 hari masih takde perubahan. Ok la. Sakit tekak berkurang. Lelah tak seberapa. Tapi badan masih lemah. Saya jadi pelik. Bos saya suruh jumpa specialist. Saya pun buat appointment. Lepas jumpa specialist dia kata saya Pneumonia (dengan nada like whateverrr...). Dia bagi ubat suh makan nanti lepas 7 hari jumpa dia balik.

Tu ceritanya. Jadi skang ni saya on medication for 7 days. Doktor tak bagi sick leave pun. Bos saya kata it's ok just go home and rest as long as u need. 

Persoalannya, boleh tak saya g shopping atau tgk wayang atau g spa dlm masa 7 hari ni?


4 comments: