Travellog Day 3 ~ Land of Turks

Sampai Selcuk pukul 7 pagi. Mamai lagi tu. 10 jam dalam bas kata... (Lupa lak, bas tu harganya saya tak tau. Tapi tiket kami 55TL). Sampai je call Juju of Urkmez Hotel (kat Istanbul dulu duduk Orient Hostel). Dia datang bus station amik beg kitorg. Yang kitorg ni disuruh jalan. Dekat je sebenarnye pun...

OTW to Urkmez Hotel


Pas check in terus plan the next move. Beli tiket bas ke Goreme (40TL). Pastu amik tour of the day around the city of Ephesus (40TL). And book tour utk esok ke Pamukkale (90TL). Pas breakfast kitorg start tour around Ephesus.

Tour guide kitorg nama Mehmet. Selamba je cakap "I'm Muslim but I don't practise". Memula dia bawak g The House of Mary. Mengikut sejarah, ini ialah rumah terakhir bagi ibu Nabi Isa Allaihisslam iaitu Maryam. Tapi kat sini dah jadi macam gereja. Dengar je la cerita dia, sambil memperbaharui syahadah, just in case.


Turun dari House of Mary tu singgah kat The Lost City of Ephesus. Tempat ni besar yang amat. Sejarahnya,  zaman ala2 Roman Empire nye zaman dulu kat sini la city of Ephesus. Jadi it's like a small town. Lengkap dengan istana, temple, rumah mandi, gymnasium, townhall, concert hall, library, rumah pelacur, semua la... Kitorg jadi terpegun kejap. Dari tepi jalan nampak macam kecik je. Dah la masa tu hujan batu halfway through the tour. Kitorg dah give up dah. Tapi kesungguhan Mehmet memang menakjubkan. Habis jugak seround kat Ephesus tu.

Pasar Besar

Townhall

What's left of the 'hotel'

Library

Main Street

Lunch was also provided. Kat kedai karpet. Pas lunch dia demo camne nak buat karpet. Pastu of course cubaan paksaan membeli. Tak berjaya (of course) memandangkan kami ni backpacking bang... sapa nak ngankut bagai? Sorry ye...

Last skali dia bawak pegi Muzium Ephesus. Kat muzium ni dia simpan kebanyakan barang2 original dari City of Ephesus tu. Sebab city tu kan open air. Panas hujan salji bagai. So dia nak protect barang2 beharga ni dia letak kat muzium. 

Kitorg berlarian masa balik hotel tu utk Jama' Asar/Zohor. Pastu kuar dinner terus around the hotel je. Beli apple tea sedap untuk bawak balik for 2TL. Tak ingat lak nama kedai. Nanti kalau ingat I update k.

Kat Selcuk ni jugak ada Cave of the Seven Sleepers. Kalau ingat cerita 7 orang ahli kahfi yang tidur selama 300 (appx) tahun tu, kat Selcuk ni la gua tu terletak. Kitorg tak sempat nak pegi sbb stopover kat sini satu hari je. And gua tu agak jauh. Ralat jugakla tak dpt pegi. Tapi diorg kata gua tu skang dah tutup. Diorg tak bagi masuk lagi. Boleh tgk jengah jengah kepala dari luar je. Kalau korg pegi update la ye boleh masuk ke tak.

Anyway, after dinner we all zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............










2 comments:

  1. bestnyaa !~

    tak pernah pergi turki lagi. tapi dekat sana byk tempat bersejarah kan? :D

    ReplyDelete
  2. Best! Tempat bersejarah mmg banyak. Tapi kena pandai plan. Kalau tak, miss.

    ReplyDelete