Travellog Day 2 ~ Land of Turks

Pagi tu kami dah check out. Tinggal beg kat hostel and off to Taksim via Tram to find Kak Lin's wet burger. Jumpa ok...

Murah je wet burger ni. 2TL sebijik. Rasa? Boleh la... Nak buat alas perut tu boleh la.. Pas melantak, kitorg g amik gambar kat bendera Turkey kat piazza ni (piazza tu bahasa Italy. Tapi tak reti nak describe tempat ni as apa. Dataran?)


Lepas tu sawan shopping kat 'highstreet' kat Taksim ni. Boleh tahan harganya. Tapi takleh beli lagi sebab kan kami backpacking.. Nak hangkut ni kulu kilir ke??? Oh tidakkk... Mak tak sanggup noqqq... Jadi beli tingkap je la. Lagipun memang saje (alasan) nak jalan situ untuk g naik tram kat tunnel ni. Macam naik kat Bukit Bendera je gamak. Yang ni mahal sket, 3TL one way.


Dengan semangat "kita takde duit, kita jalan je ek" kitorg mengharungi jambatan untuk kembali ke the old side of Istanbul. Kat atas jambatan ni ramai org memancing. Pastu kat hujung tu ada jual jual sandwich ikan bakar kat atas kapal. Dia bakar ikan tu sekor2 camtu, pastu dia selit kat dalam roti panjang. Jual satu sandwich 5TL. Rasa macam sandwich ikan. hehhehe...



Kitorg solat Jama' Asar/Zohor kat satu masjid ni. Amat payah ok nak amik air sembahyang. Terasa mudah kehidupan di Malaysia. Dan sekali lagi kami konpius dan bertekak bagai yang mana satu sebenarnye Masjid Sultan Sulaiman. Dan sekali lagi saya la yang betul...

Masjid Sultan Sulaiman ni terletak kat atas bukit. Cantik. Tapi nak panjat bukit tu mmg menguji minda. Yang menjadi semangat kami hanyalah "Kita ni berusaha nak pegi solat kat masjid tu. Allah pasti sampaikan hajat kita". Alhamdulillah sampai betul2 pada ketika azan Maghrib bergema.
Masjid Eminonu, masjid yg disalah anggap tu.
Masjid ni betul2 kat hujung jambatan.
Masjid Sultan Suleiman - atas bukit sebelah kanan jambatan

Chandelier direndahkan, Speaker kat atas chandelier tu (embedded)
Smart! And practical.

Subhanallah...

Pastu kami turun beli dinner and naik bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Selcuk.





No comments:

Post a Comment