Travellog Day 7 ~ Land of Turks

Nak termuntah tak baca entry Turkey ni banyak sangat? Huhu...

Anyway, this is the last day. Balik ke Istanbul. Sampai pagi2 buta. Kak Lin and Kak Zack re-check in kat Orient Hostel. So tumpang bilik diorg utk freshen up. Aktiviti hari ni hanyalah shopping semata. Arah tuju utama: Grand Bazaar.

Gambar hiasan semata. Ini bukan Grand Bazaar.


Duit pun tinggal dah tak banyak. Cukup2 je untuk beli souvenir yang dirancang. Dengan duit yang ada aku mampu beli shawl (Hadiah birthday Marina), mouse pad and key chain untuk ayah, coin purse untuk mak, key chain untuk S&S (ehem ehem). Pastu makan lunch doner kebab for 4TL. Tambang nak pegi airport 4TL.

Sampai airport both me and Cik Nad ada 2.5TL each dalam poket. Berani siutt... Makan kat airport pakai kredit kad sudah.. hahhaha...

Flight balik malam tu tak penuh. So I got myself the 3 seater and sleep soundlessly (agaknye la). Sampai AD lebih kurang pukul 3 pagi. Tung tang tung tang, kol 4 baru settle down atas katil. Sleep for 2 hours and wake up sebab nak bawak 5ruz g Dubai trip. Nasib baik ada S&S untuk jadi driver and tukang suruh. huhu..

Anyway, that's the end of the Turkey Trip 2012. Memorable indeed. Sangat tak menyesal buat trip ni. Kalau sesapa tanya worth tak pegi Turkey, my answer would be it's totally worth it. 7 days is the ultinate duration. More than that dah jadi too long. Shorter than that you won't be able to cover everything. Kalau nak pegi 2-3 days, stay put in Istanbul sudah.

Hope you enjoy the story so far. Tadaaa...

Travellog Day 6 ~ Land of Turks


Cik Nad and I was among the first yg pegi breakfast. Sbb Cik Nad suh I store the food in the stomach. Dia kata I macam unta. Leh makan sekali banyak pastu sehari tak makan pun takpe. Ceh!

Rezeki org bangun pagi, sempat kitorg tgk hot air balloon di udara. Kat Goreme ni another attraction is naik hot air balloon pepagi, as in kol 6 pagi. Tapi mahal. More or less 120euro per person. Tak mampu la mak cik. Whirling Dance malam tadi pun dah over budget dah sebenarnye. So I passed that balloon thingy till jadi kaya sket. huhu..

Pagi ni kitorg follow the Green Tour. Memula dia bawak kitorg g tempat yang agak tinggi untuk tgk panorama kawasan Goreme. Nampak lah almost all the old cave-like houses. Cantik..

Next pegi Underground City. Dulu, masa zaman perang, org2 Cappadocia ni build this underground city sebagai tempat persembunyian. Diorg angkut semua ternakan, tanaman masuk dalam ni. Ada la section2 untuk living room, kitchen, stable and all. Toilet dia kata tak jumpa lagi. huhu.. Yang diorg dah discover ada la dalam 8 tingkat kott... Besar giller ok. Boleh muat lebih dari 2000 manusia dalam tu.



Next was lunch. Tapi nak sampai tempat makan tu dia suh hiking kat Ilhara Valley. Tempat ni cantik. Kitorg jalan sambil menikmati pemandangan alam. So asyik ketinggalan je. Tapi, ada aku kisah?




Pas lunch dia bawak panjat bukit plak dahhh.... Nama tempat ni Fairy Chimney. Lupa dah apa cite pasal tempat ni. Muahahhaha... Tapi cute la. Macam rumah smurf.



Last skali dia bawak pegi Pigeon Valley. Macam post office zaman dulu la. Sume burung merpati bila takde urusan hantar2 surat ni dok situ. Kat situ tak amik gambar. Sebabnye masa org dok sawan amik gambar mak cik nak terkenc! So jamban lebih penting pada ketika itu.

Malam tu kitorg naik bas untuk kembali ke Istanbul. Esok nak balik AD dah! Yeay!








Travellog Day 5 ~ Land of Turks


Goreme, Cappadocia is a unique city. Kisahnya dulu kawasan dia ada gunung berapi. Satu hari gunung berapi tu meletup and jadilah mendapan lava. Hari berganti hari, bulan berganti tahun, mendapan tadi dimamah usia dengan faktor hujan panas, jadilah kawasan dengan bentuk rumah yang sangat menarik. Macam duduk dalam gua.

Kitorg check in kat Traveller Cave Pension. Cantik hotel dia. Memang macam duduk dalam gua. 



View from the hotel

Pagi tu terus arrange esok punya tour. Arrange dengan org hotel tu je. Nasib baik tak amik tour dengan mamat yg tak bagi aku makan kenyang2 tu. Tour kat sini dia nye package nama dia ikut warna. Ada Red Tour (kitorg tak amik sbb kawasan yg dia cover located around the hotel. So plan nak jalan sendiri), Green Tour, Blue Tour (tak menarik) and Brown Tour (pun tak menarik). Satu tour tu dalam 40TL. We book Green Tour for the next day. Ari tu itself cadang nak buat Red Tour sendiri2. Akhirnya tak buat pun. Konon nak lelapkan mata for 5 minutes. tgk2 4 jam kemudian baru bangun. huhu....

So that day, bila bangun dari tido, solat, g cari makanan. Then balik ke hotel sbb dah book untuk Whirling Dance (20Euro). Whirling dance ni tarian yang laki pakai skirt kembang2 pastu dia pusing2 tu. The dance is very spiritual. Siap baca2 doa, Al-fatihah bagai. So semua kena senyap je menikmati. 


Balik tu makan lagi. Main attraction for food in Goreme is Pottery kebab. Kebab tu dia masak dalam pot, pastu kita nak makan dia pecahkan pot tu depan kita. So pot tu sekali pakai je. On average the price is 18TL satu pot.



Balik and zzzzzzz......






Travellog Day 4 ~ Land of Turks

Kitorg mmg dah amik tour ke Pamukkale from Juju of Urkmez Hotel. Bukan dianye tour la. Tapi dia arrangekan. Janjinya kol 8.30 pagi bertolak dari hotel. So kitorg bajet2 kol 8 breakfast la. Sekali kol 8 dia kata dah kena gerak. Aku sempat jamah sikit je breakfast.

Rupanya travel agent tu nak bawak kitorg g kedai dia sbb nak promote dia nye tour kat Goreme memandangkan dia tau yang malam nanti kitorg akan naik bas dari Pamukkale ke Goreme. Kurang ajar tul! Dah la tak bagi aku makan kenyang2. Nak promote tour. Mahal lak tu. Ingat aku nak amik? Kalau ko bagi aku makan kenyang2 mungkin leh consider lagi kan. Emo!

Around 9 kitorg naik bas dengan a few others (dalam 20 org) ke Pamukkale. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai tu lunch dulu. After lunch suddenly snow turun! Kecewa...

Kenapa kecewa? Patutnya seronok la kan? Sebabnya Pamukkale ni main attraction nya ialah Hot Spring kat atas bukit tu. Kalau dah snow, macam mana nak rendam2 kaki, mandi manda bagai. Bukan snow sikit2 ok.. Snow tebal giller tau...


Worse thing was, none of us are prepared for snow. I for instant, not even wearing a mafla. Apatah lagi long socks. Luckily i had a very good Campers shoes yang sangat kalis air. So stokin tak basah sangat. But still, it was not a boot. And since snow tebal sangat, masuk jugaklah from top of the shoes. 

So, instead of enjoying the Hot Spring, kitorg just lepak kat coffee house dia. Terlalu sejuk untuk bergambar bagai... 


Cleopatra Pool

That's the only attraction in Pamukkale anyway. Lepas tu, dalam kol 4 kitorg dihantar kat pekan pamukkale. Lepak kat Metro Bus nye office which runs by Oscar. He was nice, funny and friendly. The town is very small. Semua org macam kenal semua org kat situ. Sukati je dia g hotel sebelah amik kunci bilik bagi kitorg rehat2, solat and freshen up. Makan pun murah. Doner kebab baru 2.5TL. Sedap plak tu.

The locals was saying that it has been 8 years since the last snow. So diorg pun excited. Sume kuar main snow. Kalau we all dressed properly mau aku join tu. huhu...

Malam tu naik bas ke Goreme... Jumpa lagi 10 jam di Goreme...



Travellog Day 3 ~ Land of Turks

Sampai Selcuk pukul 7 pagi. Mamai lagi tu. 10 jam dalam bas kata... (Lupa lak, bas tu harganya saya tak tau. Tapi tiket kami 55TL). Sampai je call Juju of Urkmez Hotel (kat Istanbul dulu duduk Orient Hostel). Dia datang bus station amik beg kitorg. Yang kitorg ni disuruh jalan. Dekat je sebenarnye pun...

OTW to Urkmez Hotel


Pas check in terus plan the next move. Beli tiket bas ke Goreme (40TL). Pastu amik tour of the day around the city of Ephesus (40TL). And book tour utk esok ke Pamukkale (90TL). Pas breakfast kitorg start tour around Ephesus.

Tour guide kitorg nama Mehmet. Selamba je cakap "I'm Muslim but I don't practise". Memula dia bawak g The House of Mary. Mengikut sejarah, ini ialah rumah terakhir bagi ibu Nabi Isa Allaihisslam iaitu Maryam. Tapi kat sini dah jadi macam gereja. Dengar je la cerita dia, sambil memperbaharui syahadah, just in case.


Turun dari House of Mary tu singgah kat The Lost City of Ephesus. Tempat ni besar yang amat. Sejarahnya,  zaman ala2 Roman Empire nye zaman dulu kat sini la city of Ephesus. Jadi it's like a small town. Lengkap dengan istana, temple, rumah mandi, gymnasium, townhall, concert hall, library, rumah pelacur, semua la... Kitorg jadi terpegun kejap. Dari tepi jalan nampak macam kecik je. Dah la masa tu hujan batu halfway through the tour. Kitorg dah give up dah. Tapi kesungguhan Mehmet memang menakjubkan. Habis jugak seround kat Ephesus tu.

Pasar Besar

Townhall

What's left of the 'hotel'

Library

Main Street

Lunch was also provided. Kat kedai karpet. Pas lunch dia demo camne nak buat karpet. Pastu of course cubaan paksaan membeli. Tak berjaya (of course) memandangkan kami ni backpacking bang... sapa nak ngankut bagai? Sorry ye...

Last skali dia bawak pegi Muzium Ephesus. Kat muzium ni dia simpan kebanyakan barang2 original dari City of Ephesus tu. Sebab city tu kan open air. Panas hujan salji bagai. So dia nak protect barang2 beharga ni dia letak kat muzium. 

Kitorg berlarian masa balik hotel tu utk Jama' Asar/Zohor. Pastu kuar dinner terus around the hotel je. Beli apple tea sedap untuk bawak balik for 2TL. Tak ingat lak nama kedai. Nanti kalau ingat I update k.

Kat Selcuk ni jugak ada Cave of the Seven Sleepers. Kalau ingat cerita 7 orang ahli kahfi yang tidur selama 300 (appx) tahun tu, kat Selcuk ni la gua tu terletak. Kitorg tak sempat nak pegi sbb stopover kat sini satu hari je. And gua tu agak jauh. Ralat jugakla tak dpt pegi. Tapi diorg kata gua tu skang dah tutup. Diorg tak bagi masuk lagi. Boleh tgk jengah jengah kepala dari luar je. Kalau korg pegi update la ye boleh masuk ke tak.

Anyway, after dinner we all zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............










Travellog Day 2 ~ Land of Turks

Pagi tu kami dah check out. Tinggal beg kat hostel and off to Taksim via Tram to find Kak Lin's wet burger. Jumpa ok...

Murah je wet burger ni. 2TL sebijik. Rasa? Boleh la... Nak buat alas perut tu boleh la.. Pas melantak, kitorg g amik gambar kat bendera Turkey kat piazza ni (piazza tu bahasa Italy. Tapi tak reti nak describe tempat ni as apa. Dataran?)


Lepas tu sawan shopping kat 'highstreet' kat Taksim ni. Boleh tahan harganya. Tapi takleh beli lagi sebab kan kami backpacking.. Nak hangkut ni kulu kilir ke??? Oh tidakkk... Mak tak sanggup noqqq... Jadi beli tingkap je la. Lagipun memang saje (alasan) nak jalan situ untuk g naik tram kat tunnel ni. Macam naik kat Bukit Bendera je gamak. Yang ni mahal sket, 3TL one way.


Dengan semangat "kita takde duit, kita jalan je ek" kitorg mengharungi jambatan untuk kembali ke the old side of Istanbul. Kat atas jambatan ni ramai org memancing. Pastu kat hujung tu ada jual jual sandwich ikan bakar kat atas kapal. Dia bakar ikan tu sekor2 camtu, pastu dia selit kat dalam roti panjang. Jual satu sandwich 5TL. Rasa macam sandwich ikan. hehhehe...



Kitorg solat Jama' Asar/Zohor kat satu masjid ni. Amat payah ok nak amik air sembahyang. Terasa mudah kehidupan di Malaysia. Dan sekali lagi kami konpius dan bertekak bagai yang mana satu sebenarnye Masjid Sultan Sulaiman. Dan sekali lagi saya la yang betul...

Masjid Sultan Sulaiman ni terletak kat atas bukit. Cantik. Tapi nak panjat bukit tu mmg menguji minda. Yang menjadi semangat kami hanyalah "Kita ni berusaha nak pegi solat kat masjid tu. Allah pasti sampaikan hajat kita". Alhamdulillah sampai betul2 pada ketika azan Maghrib bergema.
Masjid Eminonu, masjid yg disalah anggap tu.
Masjid ni betul2 kat hujung jambatan.
Masjid Sultan Suleiman - atas bukit sebelah kanan jambatan

Chandelier direndahkan, Speaker kat atas chandelier tu (embedded)
Smart! And practical.

Subhanallah...

Pastu kami turun beli dinner and naik bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Selcuk.





Travellog Day 1 ~ Land of Turks


Sepatutnya sampai kol 6 pagi. Tapi flight delay, jadi sampai kol 8 pagi. Kami naik Metro ni dari Havalimani Station kat airport itself ke Zeytinburnu. Pastu tukar naik tram ke Sultanahmet. Terus g check in hotel hostel kat situ.Takde rehat takde hapa terus keluar walaupun kat luar tu hujan bagai. Tram ke Metro ke, satu perjalanan ialah 2TL. Hostel kami (bilik 4 orang) 38TL per person.

Target utama ; Masjid Biru. Tapi bila ada kat situ kitorg jadi confuse mana satu masjid birunya? Bertekak bagai. Sume nak menegakkan pandangan masing-masing. Akhirnya kami dapat comclusion bahawasanya yang ini lah Masjid Biru itu.


Dalam dia sangat cantik. Terpegun makcik... Sampai lupa nak snap gambar. Kena tunggu 5ruz upload. Huhu.. Masuk Blue Mosque ni free.

Dan ini pula Haghia Sofya (disebut sebagai Aya Sofia). Bangunan yang dulunya ialah gereja. Kemudian bila Islam menakluk Istanbul dia tukarkan gereja ni menjadi Masjid. Pada zaman Ataturk dia tukar jadi Muzium. Letaknya Haghia Sofya ni betul2 setentang dengan Masjid Biru tu. Sbb tu la kitorg konpius memula. Tapi kekonpiusan itu telah pun dileraikan. Masuk Haghia Sofya ni 20TL.


Hari pertama tu jugak, dalam hujan tu jugak, kitorg pulun panjat naik Topkapi, istana zaman silam. Personally, it's just another castle. Bayarannya 20TL untuk masuk. Seronok gak enjoy the view from the castle. Memang org dulu2 akan pilih tempat paling menarik untuk jadikan castle dia kan. Macam dia boleh duduk kat tebing tu sambil berkata "Sejauh mana kau boleh pandang, sejauh itu la jajahan aku"



Perut pun sudah lapar. Pilih punya pilih, maka di sini kami nak mentekedarah. Lepas habis the whole trip semua setuju yang ini ialah kebab paing sedap. Tapi semua lupa nama kedai. hehhe.. Makan average 20TL.


Pastu balik hostel solat Jama' Asar/Zohor. Tunggu azan Maghrib terus solat Jama' Maghrib/Isya' sebelum meneruskan perjalanan mengusha Grand Bazaar. Kat sini boleh wajib tawar menawar. On average, fridge magnet 2TL sebijik, key-chain boleh dapat 1TL kalau pandai, coin purse pun dalam 1TL, t-shirt kena kenyit2 mata sket nak dapat 8TL, apple tea paling murah 5TL, lampu Turkey tu dalam 18TL kalau saiz kecik. Orang sini baik2. Tak payah nak tarik2 muka dengan diorg. Very friendly. Cuma kena pandai2 la nak tawar camne. Kalau pegi tak dapat harga yg diwar warkan tadi maksudnya korang tak cukup cute. muahahhah....


Habis Grand Bazaar......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............






Land of Turks - Pre-Travellog

Ye ye... saya tau... bila nak update nye ye tak? Lama nau preview... hehhehe... Here r the stories before the journey began..

Initial plan was just 5ruz n I. Pastu cite2 kat Kak Lin, dia pun nk ikut. Then suddenly Kak Zack (masa tu tak tau lagi sapa Kak Zack ni. Rupanya senior Sharodz) pun nak ikut. And towards the last minute my AD BFF Cik Nad pun turut sibuk2 beli tiket flight... Jadilah rombongan Cik Peah ke Tanah Turki.

Kak Lin flew through MAS (KL-Dubai-Istanbul-KL). 5ruz via Abu Dhabi (KL-AD-istanbul-AD-KL). Kak Zack direct to Istanbul (KL-Istanbul-KL) while Cik Nad n myself of course la dari padang pasir ni kan (AD-Istanbul-AD).

So Kak Lin sampai dulu on 4th Jan at appx 4am. I drove from AD around 5 and reach around 6. Pick Kak Lin up and lepak kat umah Joned jap. Siap paksa Joned masak nasi lemak ok.. Sukati aku je kan. Lepas dah belasah 2 pinggan nasi lemak sambal paket dgn ayam goreng tu off to the first station, Mall of Emirates, untuk melawat Ski Dubai. Sawan jap kat situ dalam 30 minit pastu ke Dubai Mall untuk sawan dengan Burj Khalifa, Dubai Aquarium and Waterfall.


Memang tak sah kalau saya
jalan takde panggilan telefon.

Lepas tu terus ke Festival City untuk sawan HRC Merchandise. Bukan saya le... Kak Lin le... Saya dah sawan dah masa g ngan Icha dulu..


Tak sampai Dubai kata orang kalau tak g amik gambar dengan Burj Al-Arab ni kan. Btw, ini ialah gambar pertama saya dengan itu Burj Al-Arab. Masa tu aku pun konpius sapa yg tourist sapa yg guide ntah... Kitorg lepak kat Umm Al-Sequin 2 beach area untuk amik gambar ni. 



Last but not least aku bawak Kak Lin ke area Palm Jumeirah. Of course le kalau jalan atas tu tak nmpk apa kan.. Melainkan kalau naik helikopter baru nampak bentuk2 menarik pulau di situ. Tapi kami masih bersawanan...


Pastu balik Abu Dhabi. Sepanjang perjalanan tu tak berhenti makan langsung akibat nasi lemak 2 pinggan tadi. Ok la tu kan.. Dan kepala saya sakit mcm hapa sebab mengantuk yg amat sangat.

5hb, bawak Kak Lin pegi Ferrari World. Saya berjaya paksa dia naik Formula Rossa. heheh...


Selingan; hari yang sama, sblm pegi Ferrari World GE sini buat New Year Get Together Party. Nanti saya buat entry lain ye...

Sambung; Malam yang sama, 5ruz sampai. G amik dia dengan Cik Nad. Sbb Cik Nad takut saya tergolek dog kepenatan. 

Esoknya, 6hb, pas makan nasi lemak kat umah Lin (dia jemput ok.. bukan paksa tau) 5ruz and Kak Lin pegi desert safari. Cik Nad dan saya tak ikut sbb kitorg pegi New Year Get Together dengan Kak Hila di Layali Zaman. Lagipun, bape kali ko nk pegi kannn... 

Malamnya tu kami berempat dah bertolak ke airport sbb flight pukul 2 pagi. Maka bermulalah journey kami ke Land of Turks.

Costa Coffee sementara tunggu flight Terminal 1 AUH.