Itik Psycho

Jalan2. Ternampak 2 ekor itik berbaju biru dan pink. Cik Nad nak amik gambar sangat2 dgn 2 ekor itik ni. Tapi kenapa itik biru ni melampau gila bergesel gesel dengan aku ni....

Jadi aku pun berpindah ke sebelah Cik Nad dan ambik gmbr skali lagi dengan muka yang ketakutan.


Jalan2 lagi terjumpa plak ngan Spongebob Seluar Kotak. Cik Nad (tak tau a apsal ngan dia malam ni) nak amik gmbr ngan Mamat Suar Kotak ni jugak.


Nape mamat suar kotak ni pun ngendeng2 kat aku ni...... huwaaaaa.....



Update dari Travel Agent ke Beijing

Pagi ni dapat email dari His Royal Highness



Mariah and all friends, Thank you for your kind attention and we are really appreciate it. Alhamdulillah, our ground agent agreed to give the same rate as our request. So, no need to pay extra and no need to find another people. Thank you very much and hope all of you will be enjoy during this holiday. Sorry for every inconvenience course. Really2 sorry. Thank you, Best Regards




>Kan aku dah kata... mesti boleh punye.. Saje je diorg ni nak cekik kitorg. Mentang mentang awal2 dulu kitorg ikut je ckp dia masa suh cari pengganti Fadh tu...On our side. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah..

Kisah Travel Agent ke Beijing

As usual, my friends and I are going to have our yearly trip. This year is to Beijing. Patutnya our usual 4 je la. Tapi kali ni berlapan. And since ada time difference between me and them and Beijing itself, plus ramai sangat kepala nya, and after Ir n Ina dah survey dgn bersungguh sungguh kat Matta Fair tu, kitorg finally decided for the first time ever utk amik tour dengan travel agent, Honey Vacation.

Berikut ialah cerita kenapa lepas ni TOBAT TAK AMIK TRAVEL AGENT DAH. So, bersedia la dengan perkataan yang tak diingini japgi ye.

Kami berlapan. Sarah, Ina, Ir, Fadh, Jer, Mak Jer, Yah and myself. Ini senarai asal. Semua org kecuali aku dah beli tiket air asia since last year sbb murah. Aku tak beli sbb aku tau aku akan berada kat sini n tak rasa aku akan balik Malaysia then pegi Beijing then balik Malaysia then balik AD. Macam org gila kan?

Masa Ir and Ina nak finalize dengan travel agent tu kitorg dah make it clear dah dgn dia. Yang aku tak sure lagi akunye flight itenary mcm mana. And the travel agent are FULLY AWARE of that. Memula mmg dia kata tak boleh. Kena datang hari n flight yg sama atau harga package untuk semua orang akan berubah. Then after a few days dia agree yg aku bayar package yg sama tapi visa aku buat sendiri n aku boleh follow the group once I'm there. Good job.

Lepas tu Fadh nye cuti tak approve. Masa tu kitorg dah bayar dah semua total package untuk 8 org ni. Since dia takleh pegi kitorg kata takpe la. Fadh pun tau dia takleh dapat refund. Tapi si Honey Vacation ni kata tak boleh. Kalau sorg takleh pegi kene cari pengganti. Erk... bukan ke kita dah bayar n kita tak mintak refund?

So finally Ir tanya bapak dia, n bapak dia sudi pergi berpoya bersama gadis2 sunti ni.

Lagi 2 bulan nak pegi, aku pun beli la tiket flight aku. Flight to Beijing will take more or less 8 hours. Satu flight je setiap hari. Flight akan sampai kat Beijing pukul 8.50am. The other geng akan sampai kat Tianjin kol 2.45 pm 24hb. Diorg kene travel dari Tianjin ke Beijing on the road lebih kurang 2 jam gak kot. So, gedebak gedebuk 24hb tu diorg akan sampai Beijing n check in most probably kol 7pm kott. Then dinner and watch acrobatic show.

So kalau aku sampai 24hb jugak, aku akan sampai kol 8.50 am. Tunggu bebudak ni sampai Beijing kol 7pm. Dinner and tgk acrobatic show. Hmmm.... Or, I can actually arrive in Beijing 8.50am 25hb. Gedebak gedebuk kol 10 and terus join the group. I just skip dinner, betul? So that's what I did. Aku amik tiket 24hb tgh malam n sampai Beijing 25hb pagi. Dah siap dapat flight itenary aku fwd la kat our beloved Honey Vacation. Dia confirm acceptance.

Mula la aktiviti membuat visa bagai. Diorg yang lain visa travel agent buat kan. Aku buat sendiri dari sini. Dok update la dgn Honey Vacation ni. Sbb ada certain details yg dia kene input kan. Settle la bab tu.

Di suatu hari yang damai Ir shoot email kata Honey Vacation kesayangan kami tu kata since Mariah (me) sampai 25hb, jadi kene cari lagi sorg. Sebab nya 24hb mesti ada 8 org jugak. Aikkkk???!!!!! Apakah!!!!

Mula la episod amuk aku n Yah. Aku n Yah memula decide bagi peluang org lain settle kan dengan Honey Vacation tu. Ye lah. Logik ke tak? Argument nye the whole trip dapat price murah sebab pegi 8 org. So at all time kene ada 8 org. Habis tu, bila aku sampai on the 25th tu, yg lagi sorg tu balik Malaysia ke? Sangat tak logik kan?

Finally hari Ahad aku tgk kat wall Ir, dia dok cari org lagi yg nak ikut g Beijing. Aku hangin la. Aku cakap kat situ, ko hold dulu cari org tu. Biar aku call Cik Honey Vacation kita ni. Silap besar la kalau sampai aku nak kene call kan... Itu pun aku dah suh Ir warning sket kata aku nak call.

Betul agaknye Ir warning. Pagi2 aku bukak email beloved Honey Vacation dah hantar email mintak maaf and try to explain. Ada aku kisah? Aku kata aku nak call aku call. Pagi2 tu (AD local time nye pagi ek) aku call. Menjerit jerit la aku kat ofis tu 'berbual' dengan His Royal Highness Honey Vacation. Kiranya satu ofis (mungkin ofis sebelah jugak) tau aku hangin dengan somebody. Tangan tok sah cakap la. Kalau Kara Singh Walia ada sebelah pun dia tabik wa. Pensel konon nak buat nota dah berapa kali terbaling kat colleague cubicle depan.

Make sense tak? Aku sudi bayar full price macam yg 7 lain bayar. That is RM550. Tapi aku akan buat visa aku sendiri and aku akan sampai lambat. By right, they can make money out of it. Sebab we paid the dinner and acrobatic show for 8 people, but they just have to book for 7. Dia kata government sana kata kalau tour tu 8 org, at all time kene 8 org. Aku kuar balik argument aku yg apa org ke-9 tu nak buat bila aku sampai on 25th. Plus, aku buat visa berasingan kott..

Dan tu jugak aku kuarkan segala macam cerita mak cik mak cik mesyuarat tingkap aku "kitorg ni bukan pertama kali travel. saya ni tiap2 bulan pegi airport. kalau nak suruh saya buat semua ni sendiri sikit saya rasa takkan ada problem. saya dah buat g hong kong 7 adults 3 kids ok je. mujur sebab saya jauh n time difference issue saya izinkan diri saya sendiri ikut tour package ni tau tak"
Ha kau.. cukup makcik tak ayat aku?
Pastu aku lak ajar dia, "U cakap kat org Beijing tu, beza masa saya sampai dengan masa 7 org lain sampai tak lebih dari 24 jam. U suh dia kira dari 2.45pm bebudak ni sampai Tianjin dengan 8.50am aku sampai Beijing bape jam?"

So in the end, aku make it SUPER CLEAR that kitorg TAKKAN TAMBAH ORANG and TAKKAN BAYAR LEBIH for unacceptable reason. U nak kita bayar, u bagi valid reason. Dia accept plak akunye condition tu.

Moral of the story. SAY NO TO TRAVEL AGENT. Diorg ni seboleh boleh cari peluang nak charge kita. Padahal on our side semua benda dah clear. Dah bertahun tahun kitorg buat trip sendiri sendiri tak pernah ada masalah. Hepi je semua. 1st time travel dgn travel agent and u suck up big time bro. Sorry. Nila setitik tetap rosakkan susu setempayan pun.

Just Saying...

G keje kol 11 pagi. Balik kol 6.
Life IS great.

Bye peeps.. nak balik g gym!

Shop and Win Contest

Ada shop n win contest. Hadiah dia percutian selama 5 hari untuk and dan 5 org kwn anda. Menarik! Bercuti ke mana?


Yes.. TO MALAYSIA ok... 
Memula macam nak tergelak. Pastu start buat lawak with my friend. "U beli la. kalau menang leh i balik kampung free". N siap kira who that 5 person would be in case menang. 
But then, Malaysia is a big thing to them (org arab tak kira la Egypt ke, Jordan ke, Emirati ke). Kalau sapa tak pernah g Malaysia tu macam kuno gila. So kalau yg tak berapa nak berduit (atau anak ramai) peraduan macam ni la peluang diorg kan.
Tak bangga ke anda sebagai anak Malaysia?

Masih Lagi Semangat Masterchef

Masterchef Australia 3 (the latest season) is showing on Fox Channel at 9pm GMT+4 Time Zone.

Cerita ni agak menyayat hati sket la. There's a reason why I want to write about it. Bukan sebab semangat Masterchef Malaysia. Tapi kebetulan timing aku tau pasal Masterchef Malaysia n timing Masterchef Australia Season 3 ni macam kene plak.

I want to write about John Hughes.


Kenapa dengan mamat ni ek? Dia ni one of the contestant la. Skang ni masih episod 2 ke episod 3 ntah. Aku start tgk pun semalam. Judges tengah pilih2 contestant through a few rounds before sampai top 24. Semalam memang tak perasan langsung mamat John ni (nama pun John...). Tapi tetiba tadi dia ni menjadi perhatian.

Dia ni tak berapa 'sihat'. Dia ada penyakit yang dipanggil Cerebral Palsy. Orang kampung panggil 'spastik'. Kalau dengar si John ni bercakap mmg dah agak la ada something wrong. Tapi due his passion for food dia nak try jugak masuk Masterchef ni.

Malangnya, dalam Masterchef ni diorg bertarung bukan sahaja dengan rasa, tapi juga dengan masa. Setiap challenge tu ada time constraint nya. Since dia ni tak berapa 'sihat' bila di tekan dengan faktor masa tu serba tak menjadi masakan dia dalam challenge utk menentukan top 24 tu..

Dia sempat bakar segala. Tapi ada sikit silap masa buat adunan menyebabkan hasil 'bakaran' dia tu hancur. Tak melekat. Paling sedih bila judges panggil nama dia untuk present the dish (sorg demi sorg kene bwk dish ke depan utk judge rasa) dia pegi depan tak bwk dish dia. Dia kata

My dish is not the standard to present to my friends and my family I am not going to present it to you guys tonight. I put my heart and soul into it but time wise I couldn't make it.
Sedih ok.... Boleh baca cerita penuh dia kat website Masterchef. Boleh tengok video jugak.





Blogger Masterchef Malaysia


I know most of us knows about Masterchef (isn't it?) Macam dah jadi satu fenomena dunia kott... Serupa macam those 'idols' show. There's Masterchef USA (I think this is the 1st one) and I know there's Masterchef Australia. 
Apa yang best sangat tengok Masterchef ni? 
Well, for those yg passionate about food tengok Masterchef ni macam dream come true. Sebab it's a reality TV show (obviously) featuring amateur cook ONLY. Boleh la berangan macam kita yang tengah masak kan. Walaupun takde voting system untuk undi peserta keluar/masuk, tapi viewing rating dia memang tinggi.
And I came across to know that Masterched is coming to MALAYSIA!!!! Boleh la tukang masak tukang masak amatur sekalian tunjuk sudip dan belanga masing masing. hehehhee... aku dah imagine, mesti salah satu inovation challenge dia ada mee udang ke, asam pedas ke, nasi ayam.. perghh.. syok gak tgk sekali 20 org masak nasi ayam dengan cara masing2 kan...
Malangnya maybe aku tak dapat nak tengok semua episod. Memandangkan ia akan ditanyangkan di Astro Ria (Channel 104) sahaja... Starting 22nd October 2011, Sabtu sampai Rabu kol 9 malam. Masterclass plak Jumaat 9 malam. Masterclass ni nanti judge2 Masterchef ni (slalunye ada 3 org) akan tunjuk teknik2 special memasak. Pernah tgk Masterchef Australia nye judge tunjuk macam mana nak buat Hummus. Terkejut den.. Aussie pun reti makan Hummus ke...



Anyway, for more information about the program itself boleh la jenguk jenguk kat facebooknya, twitternya, or  official website...

Having said that, andaikata aku berpeluang nak bertanding (dah mula nak berangan dah ni) apa aku nak masak masa 'interview' dia ek?

Kalau ikut my personal history of cooking dalam blog ni, takde yang memberangsangkan sangat kott.. Blog lama dulu aku ingat lagi ada a few entries yang sangat membanggakan. Tapi malangnya blog tu friendster dah tutup (bukan aku yang tutup tau..) So tak dapat la nak re-post resepi kebanggaan aku tu.

Memandangkan aku ni memang a dessert person, kalau aku nk g ujibakat Masterchef, I would have shared this recipe. Our very own family tradition on every Eid.



Seriously, pergila mana2 rumah pun. Aku belum pernah jumpa lagi kek ni kat rumah orang lain. Even we come from the same nenek (resepi ni nenek yang ajar), kalau pergi rumah our cousins pun u takkan jumpa kuih ni. Unfortunately, walaupun tiap tiap tahun buat, tapi setahun sekali je la. hahahha.. so resepi takde dalam kepala. kuang kuang kuang.. kompem takleh masuk Masterchef...


Another one of resepi yang dibanggakan is this one.


Bread and Butter Pudding

Ayah pernah cakap, this is his favorite kuih. Tapi Mak tak reti buat. Masa tu aku umur 17 camtu kott... So aku nekad yang satu hari nanti aku akan blaja jugak macam mana nak buat nye. Masa aku mula2 start baking (selain kek lapis seri kaya tu-rasanya takleh kira kot pasal tak ingat resepi) inilah kuih pertama yang aku blaja buat. Happened to be, bebudak team aku kat KL dulu suka kuih ni jugak. So setiap kali ada potluck memang kuih ni je la yang aku bawak. And tak pernah TAK habis okkk....

A simple recipe but perfect...

Main kuih:

Roti - 8 keping
Susu UHT - 500ml
Mentega - 2 sudu besar
Telur - 2 biji
Gula - 4 sudu besar
Esen vanila - 2 sudu kecil
Kismis hitam - 2 sudu besar

Pukul telur dengan mentega sampai hancur. Masukkan gula dan pukul lagi. Masukkan susu dan gaulkan sehingga sebati. Campur esen vanila. Masukkan adunan dalam bekas yang hendak diguna untuk hidang. Carikkan roti dan susun. Biarkan roti terendam dalam adunan sehingga 30 minit. Taburkan kismis hitam di atas roti yang sudah lembut. Bakar (Oven dipanaskan selama 10 minit pada suhu 180degC dan bakar selama 20 minit) atau kukuskan (kene pandai pandai sket la kalau nak kukus. Dalam 20 minit cuba cucuk puding tengok masih cair atau tak).

Kuah:

Tepung kastad - 2 sudu besar
Susu cair - 1 tin (500ml)
Gula - 2 sudu besar

Panaskan susu cair, gula dan tepung kastad atas api sehingga bahan mula nak menggelegak (dalam 2-3 buih dah mula meletop). 

Sedia untuk dihidang.








Where It All Began

I copied this from my sister's notes on facebook.


During raya visits, we have the privilege of listening to recounts of grand-uncles' first-hand experience during the Japanese occupation up to the independence of Malaya. This year, one grand-uncle related how the Felda scheme was developed.

In the 60's, the state of Melaka started a resettlement program, enabling the people of Melaka to develop & own land for agriculture. It was all hard labor, using parangs, no machines. The area is today's Hutan Percha & Menggong. Then Tunku Abdul Rahman visited, liked the idea and handed it to Tun Abdul Razak to develop the program at the national level. Thus Felda was born.

Though not necessarily always true, we like to say Melaka is where it all began :-)

One is belated, one is early.
To all Malaysians, Selamat Hari Merdeka, Selamat Hari Malaysia



Anyway, the tagline "Melaka, it's where it all began" was created by me.

I still remember how this tagline came to life. It was about a year (or two) ago. In 1Sentral Office. We had this 'fight' about which state is worth visiting.
Anip was defending Kelantan for it's unique culture and super delicious food (had to agree with him). Saying that even here in KL I'm still looking for Nasi Kerabu at least once a month
week. Terliur lakk...



Mie was trying to persuade that Kuantan is the best. Until now I'm not sure for what reason actually. Can't really accept that. Sorry bro!
And of course, I was promoting Melaka. And when they ask me why should we go to Melaka when everything that Melaka has can also be found anywhere else (except for the superb Asam Pedas of course) and I started saying "Hey.. Melaka is where it all began OKKKK!!!"


Of course I won the battle of 'State worth visiting for (if you can choose only 1)' discussion.

Etihad Guest + MAS Enrich

                        +





Good news to those who's living or planning to visit Abu Dhabi from Malaysia or vice versa.
Actually good news to all who are a frequent flyer from both Etihad Airways or Malaysia Airlines no matter where you are.

Now, you can redeem/claim Enrich miles if you fly on Etihad and you can redeem/claim Etihad Guest miles if you fly on Malaysia Airline.

How to do so? You can check on both MAS Enrich website or Etihad Guest website.

Example -

Case 1: You're travelling with MAS/Etihad Airways from destination A to destination B. Neither one is Abu Dhabi nor Malaysia. You can choose weather to get miles on Enrich or Etihad Guest frequent flyer program.

Case 2 : You wanted to redeem a flight on Etihad Airways route. But you only has Enrich miles. You can do so by using your Enrich even though you have 0 miles on Etihad Guest.

Why is this so important to me (in particular)? MAS only fly into UAE via Dubai. While Etihad is the only direct flight to Malaysia from Abu Dhabi. When I travel for business, I tend to book with Etihad Airways to collect miles. And I also have the ADIB Etihad Guest Charge Card to speed up my miles collection. However, there're times where MAS ticket is cheaper than Etihad. Before this I was trying hard to ignore that cheaper ticket so I won't lose the miles. Since I can redeem/claim either way, I can now buy the cheap ticket from MAS and claim Etihad Guest miles.

Why I want to collect as much miles I can through Etihad Guest? To redeem a return ticket DXB-KL with MAS, I need 45 000 miles. While to redeem a return ticket AD-KL with Etihad, I only need 35 000 miles. And I got to travel in a much better airplane too..


Sanggup ke tak?

Jumaat yang damai (sini Jumaat is a weekend).
Kenyang lepas makan Mee Bandung (Alhamdulillah).
Baru nak merehatkan minda (a.k.a tido)

dedetdedet... (Bunyi sms)

Check your inbox today. This is urgent

Why?! Why?! Why is this happening???!

Coz u work for tuttt...

 Takleh nak kata apa dah la. Next time kalau ada org mntk aku recommend aku nak tanya dia, 'Sangguo ke tak?'
Ini tahap kalau tgh dating kene balik rumah bukak laptop tau..


Malaysia Day

Esok Malaysia Day. Embassy wat (tak tau apa) celebration. So kami beramai ramai planning2 nak pegi le.

Ejaz tanya apa aku nk wat mggu ni. Aku tau dia nak kete aku. Aku cakap le aku nk g embassy sbb ada Malaysia Day.
They said, "Again??!!"
Well... what to do... we're Malaysian. We only have one season. Festive season...


SELAMAT HARI MALAYSIA

Cukai Perkhidmatan on Prepaid???


Government actually decided to imposed 6% tax on prepaid SIM and reload????? Right after I changed my postpaid to prepaid???

Ok.. Let's not be selfish here.

My point of view:
Yes. Gov needs people to pay tax to sustain. I fully agree with that. Or in Islamic world Zakat. Otherwise the Gov won't be able to provide a good country to the people. So true. However, unlike Zakat which is imposed on the rich, tax is being imposed on EVERYBODY. As in RICH or POOR. That's not fair.

Think about it. Who are the main user of prepaid mobile service? Aren't the prepaid charge itself already high enough? Tax the service provider. Not the end user. Up to the service provider to charge the user or not. Coz they know, if they charge us, we won't choose their service. We'll change provider.

Just my two cents..


For full news please click the link below:
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Raya Yang Bermakna - 2011


Aku balik Malaysia untuk beraya sejak 23hb lagi via DXB dengan MAS. Flight kol 6.30 ptg. So bukak puasa dalam flight dengan 3 chocodates, 5 batang sate, secawan teh tarik, chicken breast masak apa ntah, cheesecake, and bercawan cawan air. Kene minum banyak pasal esok sampai dah kol 6 pagi Malaysia and dah subuh. Dah la naik flight, puasa lak tu kan. Kompem dehydrated punye.

Sampai KLIA mak n ayah dah tunggu. Subuh jap terus balik Melaka. Dalam kete dah tido kejap. Sampai rumah tak boleh tahan terus tido tak hengat punya. Bangun kol 2 ptg (10 pagi waktu AD. Ok la kan..) start check email. Pasalnye aku tak amik cuti. So kene la keje..

Khamis tu bukak puasa dengan geng2 GE. Yang best nye kali ni, semua ada. Baik yang dah berenti, masih dalam team, akan berenti and bakal masuk team. Razman & Co, Faizal, Muhazmi, Jason, Kadzim, Anip, TJ, Liza, Pika, Lock and Myself. Meriah tak kira la Tupai Tupai tu. Malam tu jugak balik ke Melaka sebab kononnya nak spend as much time as possible dgn mak ayah.

Malangnya otw back Fara call mintak teman dia g KL on Friday sebab dia nak amik surat ape ntah kat MARA. So, Jumaat tu pagi2 g hantar kete mak for service. Than off to KL dengan Fara. G bangunan MARA. Amik surat Fara and back to Melaka. By 1pm dah sampai Mydin Melaka cari tudung raya. Pastu g amik kete mak yang dah siap service. G jusco beli baju sket. Pasar Ramadhan and balik bukak puasa kat rumah.

Sabtu, aktiviti wajib setiap tahun. 4Cast Iftar. Tahun ni tak ramai yang join. 7 orang je. Tema tahun ni : Kembali ke KGPA.


Ahad buat apa ek? Ooo.. Menikmati rumah baru. Hehe.. Bukan rumah baru. Tapi baru siap renovate. Lom siap sepenuhnya lagi. Kabinet2 belum pasang. And sehingga ke hari Ahad tu, bilik aku masih belum ada katil. 

Isnin baru beli katil. Orang sibuk buat lemang ketupat, aku sibuk cari katil, beli bantal, cadar segala. Malam tu bukak puasa dengan hasil tangan Edi.


Selasa = RAYA. Bangun pagi (sebab kene kejut dengan Marisa yang tido sekatil) Bersiap bagai. G Solat Aidilfitri kat Masjid Al-Azim. Tahun ni tak amik gambar kat masjid dah sebab rumah dah lawa..

Mak & Ayah

Family ~ Relax Pose

Men of the House

Raya pertama and kedua berjalan sakan ke rumah saudara mara baik sepanjang Paya Datuk termasuk la Kelemak sehingga ke Paku sana. Sebab nya Amin's Big Day is coming. So Mak sibuk mengumpul alamat nak ngantar kad jemputan nanti. Raya ketiga Mak and Ayah continued to Tedong tapi aku dah mula beraya dengan kawan2. The usual us, Nurun, Fara and Myself berkumpul kat rumah Fara. 

Tahun ni sempat jugak beraya kat rumah Shiela Qber yang tengah menunggu hari nak bersalin. Pak Su Shah Alam & Co datang beraya kat rumah. Sempat jugak run errands menukar postpaid ke prepaid. And last skali on Sunday getting ready to go back to AD. Isnin terbang.

Rasa pendek je. Apa yang aku observe raya kali ni, most of us dah tak suka2 hulur salam antara laki and perempuan walaupun saudara melainkan kepada yang berpangkat datuk and nenek. That's good. Dulu macam serba salah kan. Nak salam, rasa berdosa. Tak salam, takut mak ayah dituduh tak pandai ajar anak. Alhamdulillah, tahun ni tak payah risau2 sangat. Yang pangkat ayah sepupu pun tak hulur salam. Hopefully benda ni berterusan ke akhirnya...

Akhir kata

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN





Tersalah Langkah

Apa la nak jadi ni....

Sekembali dari cuti raya, mmg aku dah tau aku akan byk keje walaupun sebelum cuti keje aku boleh dikatakan zero. Aku dah clearkan akunye list. Tak sempat balik ofis kemas beg dah bertimbun balik. Sempat cuti 4 hari je.

Aku mengejar 2 dateline yang sangat penting. 12th and 15th of September. Dateline lain ada lagi tapi ni dua yang paling penting. Seperti biasa aku plan dah. Aku kene buat bahagian control je. Bahagian instrument biarlah yang lebih arif melaksanakannya.

Tiba tiba dalam kesibukan kota, datang satu mesej dari PakCik. Dia mintak aku buatkan bahagian instrument jugak. Aku mintak maaf baik2, aku terpaksa tolak. Bukan suka suka nak tolak tapi sebab panggilan tugas yang terlalu banyak. Dia mintak extension. Aku contact tuan punya tanah boleh ke tak nak bagi extension. Tuan tanah kata tak boleh. So aku conve the msg to PakCik. Aku cakap jgk kalau betul2 tak boleh meet dateline hantar la email. Boleh kitorg take action from that email kan.PakCik tak nak plak hantar email tu.

Tiba tiba jugak PakCik kuarkan satu kenyataan "I don't know what C&I AE do". Errkkk... Apakah ini??? Aku sabar lagi. Then dia start kata kalau dia buat commentnye patutnya dia jugak yang buat follow up and attend meeting. I was like "huh??!" So dengan baiknya aku cakap la yang I'm not in the position to agree to that. Let's park this issue and discuss it with my manager and tuan tuan tanah yang lain.Yelah.. kalau dia datang meeting bukan aku yang bayar. Tapi dia akan sedut dari akunye allocation jugak kan... PakCik kata tak payah la nak libatkan tuan tanah yg lain. Tapi kalau aku diskas dgn manager aku dia nak join the call. He sounded serious.

Dengan penuh diplomatik aku cakap dgn dia ok.. let's discuss later coz what's more important now is this project has to meet its dateline. Kalau dia takleh nak meet email la tuan tanah. Dia tak nak. Dia nak Webex je. Takmo email..

Aku ingat dah takde apa la. Hari yang damai hari ni, bos aku telefon. Tanya khabar and all. Aku jawab je la macam biasa. Then bos tanya "Thank God you are still alive after all this issues" I was like 'whatt??!!'. Rupanya dah panjang dah. Tuan tanah nak raise compliance issue pasal PakCik kata nak attend meeting tu. Aduiiaiii... Skang aku dah jadi serba salah jugak. PakCik tak henti2 'ping' aku sampai aku kene cakap kat dia "Let's focus on completing Z. I give you my word that this issue will stop here"

PakCik habiskan masa lebih dari 2 jam bergaduh pasal benda ni. Kalau dia start buat keje tu dah siap kottt...