Ini Kisahku - Wardina Saffiyah


Subhanallah! Maha Suci Allah!

Tiba tiba aku rasa beruntungnya rakyat Malaysia dapat menonton rancangan ni kat TV mcm tu. Aku dapat tgk ni pun sebab ada kawan2 yg share kat facebook. Alhamdulillah!

Pendapat aku, ramai lagi di luar sana yang mempunyai kisah hidup yang macam ni. Mungkin diorg bukan public figure, mungkin sekadar orang sekeliling kita yang kita jumpa setiap hari.

What about MY STORY? Takde la hebat sangat. Tapi aku terpanggil nak share sikit la. Skang ni pun aku bukannya baik sangat. Tapi aku rasakan ada perubahan positif. Kalau orang yang kenal aku dari dulu mungkin perasan. Kecik je perubahannya. Iaitu aku mula memanjangkan lengan baju. Perubahan yang kecil pada pandangan orang, tapi amat besar dalam hati aku.

Ramai tau aku dulu skolah agama. Dari tadika sampai la habis form 5. All the way. Tapi still degil. Nakal. Even kat skolah pun berusaha nak jadi nakal. Sampai masuk U lagi hancur. Takde warden kan. Favorite clothing, t-shirt lengan pendek, jeans n tudung selimpang. Bukan aku tak tau. Aku slalu cakap, akunye ilmu mungkin lebih tinggi dari kwn2 lain yang bertudung labuh. Tinggal lagi aku yang pilih untuk tak follow.

Bila pindah AD ni, aku still lagi mengekalkan imej yang sama. Sampai di suatu hari yang damai, masa outstation ke Madrid, one of my colleague tanya. Kenapa aku pakai tudung lengkap. Takde sehelai rambut pun dia nampak. Tapi baju lengan pendek. DANGGGG!!!!!

Terpanggil kejap. Alhamdulillah, sebelum aku pindah sini aku dah beli X10der Dahlya yang bertujuan untuk memanjangkan apa yang singkat. Baik lengan baju mahupun panjang baju. Aku start pakai secara serius, bukan hanya bila tergerak nak pakai. Then, aku mula kumpul cardigan, t-shirt lengan panjang n blouse yang labuh2. Alhamdulillah, aku diberi rezeki yang mencurah di mana income aku agak tinggi dan membolehkan aku menukar rupa wardrobe aku tanpa rasa beban.

Perubahan yang kecil pada pandangan orang lain, tapi amat besar dalam hati aku. Insyallah, perubahan2 kecil ini akan berkumpul dan menjadi besar suatu hari nanti.

5 comments:

  1. wow mag alhamdulillah..tshirt lgn pendek tu mmg signature ko dr dlu..

    ReplyDelete
  2. thanks chek! tu la.. tapi jgn terus buang. boleh guna lagi. cuma improvise sket la.. ;-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. syukur. keep hijrah!

    ReplyDelete
  4. aku ni pon selow jugak transformasi nye..

    ReplyDelete
  5. Don't worry Chek. Biar la ada Ustaz cakap "jangan bagi alasan tak sampai seru. kalau malaikat datang nak cabut nyawa u boleh suruh dia tunggu ke". Tapi aku percaya Allah tau apa yang ada dalam hati kita. Kalau kita dah berniat nak tutup habis cuma tak tau bila, mesti Dia akan bagi kita masa. Aku pun belum sempurna lagi. Pelan pelan kayuh...

    ReplyDelete