Orang Ketiga

Saya dan Cik Nad

Ini saya dan Cik Nad. Kawan baik saya selama saya kat AD ni. Boleh dikatakan kadar kerapatan kami ni macam saya rapat dengan Che Yah atau Ir. Ke mana je berdua. Sama bengong. Takde istilah kecik kecik ati. Kalau kecik pun kejap je dah baik balik. Pasal dah tau she didn't mean it. Baru kenal bulan 7 dulu.

Oleh kerana kami selalu berdua, jadinya kalau g dinner atau supper, aku tgk dia, dia tgk aku. Sampai dah 'bosan'. Jadi kami me-war war-kan pada yang lain lain bahawasanya kami memerlukan orang ketiga. Kalau asyik berdua je kami akan jadi bertambah kronik dari keadaan kami sekarang. 

Makanya keluar la satu kenyatan menusuk kalbu dari salah seorg rakan kami yang sering mengeluarkan lawak2 bernas. (Seriously. Dia ni senyap je orangnya. Selalunya lawak2 dia keluar slow2 je. Tapi pedas gak wooo...)

"Sebenarnya korang memang dah bertiga pun. Sebab tu korang jadi macam ni."

Terkedu kejap. Hamik ko..

Nota kaki: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Janganlah seseorang lelaki berdua duaan dengan wanita; sesungguhnya yang ketiga diantara mereka adalah syaitan" (riwayat Imam Ahmad)



Kepenatan

Kenapa?
Sebab saya tgh cuba nak turunkan berat badan.
Dan sejak balik dari cuti raya proposal tak henti henti due date nya.
Disamping itu, saya nak cuba balance kan dengan social life saya.
Termasuk la menguruskan diri dan rumah.

Ingat senang ke?

Nickname Baru

Skang kat ofis aku ada nickname baru. Bebudak ni panggil aku Ju-on. Asalnya di suatu pagi yang damai, ofis tu penuh. Selalunya tak penuh sebab Shinhab slalu tak datang. Masa tu ntah kenapa dalam pada aku dok pikir nak tulis email kat sapa ntah aku terbuat satu bunyi. Bunyi nye lebih kurang macam dalam video kat bawah ni, minit 0.25. (PERHATIAN: Kalau korang tak berani tengok cerita hantu, tak yah le dengor bunyi ni ye..)



Terkuat plak aku buat bunyi tu. Sekali Shinhab tegur "Do u need oil for ur throat?". Habis satu ofis aku gelak. Maka aku plak pi bercerita pasal bunyi tu macam cite Ju-on. Being non-Asian, none of them tau cite tu. Punya lah beria aku explain bagai.

Since then, sebut la pasal apa pun mesti diorg ungkit pasal Ju-on tu. Dari kira bape kepala yang nak attend Gorla nye farewell sehingga la siapa yang habiskan biskut kat ofis tu. Sume Ju-on. And kadang2 tersasul sebut Jungmin jugak.

Wakakakakka....

Pertandingan Memasak Penulis Blog

Ingat lagi post ni?Aku dah agak yang aku takkan boleh attend kalau dijemput (walaupun aku nak sangat2 pegi). Oleh kerana tak nak mensia sia kan jemputan ini:

Congratulations! You have been selected to participate in the Astro Blogger Masterchef Contest as a semifinalist. The details of the contest is as follows:

SEMI-FINALS (DAY 1)
Date: 1 October 2011 (Saturday)
Time: 10.00 am – 1.00 pm
Venue: The Cooking House (20-1, Jalan 31/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur)



Maka aku pun offer kat Ir suh g.
Ngikut kata jemputan ni, tak pyh bawak bahan masakan. Sume di sediakan. Ingatkan kena masak resepi yg kita tulis kat dlm blog. Dia (pihak penganjur) sediakan bahan based on that. Rupanya tak. Ir kata dia bagi bahan yg sama kat semua org. HAMIK! Ingat senang nak jadi Masterchef?

Tak sure apa yg Ir masak. Am still waiting for the piccies and updates. How I miss being in Malaysia....

Ir yang pakai tudung n tgh 'rukuk', 3 dari kiri tu. Miss u gal!

The Crepe Cafe

Malam minggu. Jadi mari kita lepak2 memancing ikan kat Old Souk. Ingat nak mancing kat roof top. Tapi full house la plak. Jadinya kita mancing kat ground floor je la ek...

Ikan tak berapa nak menarik sgt kat ground floor ni. Nama pun ground floor. Ikan yg menarik mesti la kat roof top kan. Jadinya terpaksa la kami mencari kegembiraan sendiri.

Stop kat The Crepe Cafe. Boleh tahan gak menu dia. Sesuai la untuk kami yg nak makan ringan ringan sambil memancing ni.

Order Cik Nad: Pancake with ice cream (pekejadah makan pancake memalam....) ngan Vanila Latte.
Order Cik Mag: Chicken Pesto Crepe (baru cool) ngan Hazelnut Latte.

Pancake

Chicken Pesto Crepe

Yang menjadi persoalan, Cik Nad dapat Vanila Latte dia dalam cawan yang serupa cawan ini


Tapi kenapa saya dapat Hazelnut Latte saya dalam cawan ni????