"Ya Allah! Besar sungguh kekuasaan Mu. Di kala kami menyambut 10 Ramadhan yang terakhir... Di kala hening subuh Jumaat Mu yang barakah... Kau tunjukkan kepada kami ... Kau mampu menjadikan musibah satu keistimewaan..."
Betapa agung nya ketetapan yg telah Kau berikan...
Ramai yang tau aku dulu kerja fly sana sini walaupun aku bukan airline crew. There was a joke saying that I flew more than the crew itself. And flying over Russia is one of my routes.
Tapi skang aku dh keje on the ground. Aku pernah menyesal balik keje Malaysia. Hari2 penat bersesak dlm LRT. Penat commute sejam utk g keje and another hour utk balik keje. Kena tido awal sbb penat plus kedai pun tutup awal. Taraf hidup tinggi. Gaji kecik. Jerebu. Apa je yg takde...
Allah itu Maha Mengetahui. My mom wouldn't be able to sleep in peace kalau aku still flying around. I would be flying with terror myself. Seminggu lepas aku balik, Allah hilangkan MH370. 3 bulan kemudian satu lagi nahas. Ya Allah, aku akur dengan ketetapan Mu... Alhamdulillah.
On the other hand... aku tau ini buka sign utk aku sorg ja.. Allah jemput mereka yg terlibat pada malam jumaat dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Istimewa sungguh jemputan itu. Dan aku yakin, mereka yang terlibat kini sedang tersenyum menikmati syahid kecil yang Allah hadiahkan.
Kepada ahli keluarga mangsa, aku tau ini satu beban yang rasa mcm tak tertanggung. Tapi percayalah, dan yakinlah dengan rahmat Allah, dengan ketentuan Allah. Sebab aku menangisi kejadian ini atas rasa itu. Gunakanlah musibah ini sebagai asas untuk doa kalian. Berdoa lah dengan bersungguh sungguh, agar mereka yang menganiayi kita akan lenyap dari muka bumi ini. Doa orang yang teraniaya itu adalah antara doa yang makbul.
Takziah aku ucapkan. Tabah lah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan yang terbaik buat hambaNya.
No comments:
Post a Comment