Weekend Yang Produktif

Sabtu cuti umum sekpena hari keputeraan rasmi agong. Company aku akan ganti cutinya ke hari Jumaat kalau cuti umum tu jatuh pada hari sabtu. So aku determined nak selesaikan beberapa perkara  yg biasanya hanya boleh diselesaikan pada hari bekerja.
Pertamanya ambik borang nikah kat Jabatan Agama Islam Melaka. Apparently kat Melaka borang kena amik kat ofis JAIM. Takleh download kat internet. Masa amik borg tu aku tanya habis habisan apa nak kena buat step by step. Tak kuasa nak berpatah patah balik kalau dokumen x lengkap.
Lepas ambik borang terus g tempah kad jemputan. Releks gila ni baru nak tempah. Lagi 75 hari je kot.. haha.. kad plak nak yg lawa, tapi nak murah. Wat last minute. Bagus la tu.. memang x dapat la jawabnya kan. Tempat tempah kad kawin ni dekat je dengan JAIM. Cross the street je. Sekali parking settle dua keje.
Petang nya aku g wat ujian saringan HIV kat Klinik Kesihatan Ayer Keroh. Hari jumaat mmg dia bukak 3-4 ptg je utk ujian ni. Hari isnin sampai khamis 2-4 ptg. Sebelum g ni mmg kena bawak borg yg JAIM bagi. Jadinya kalau nak g pastikan ada borg tu dulu baru pegi. Ujian ni free. Time taken to complete the process is 1hour.
Siap hal2 hari jumaat. Semuanya hal2 yg kena selesaikan masa hari bekerja. Jimat cuti aku.. huhu...
Sabtu plak g mak andam. Finalize apa yg patut... fitting baju siap... bayar deposit bagai.. senang hati dah. Both of us pakai khidmat mak andam yang sama. Kat melaka ni antara yang glamer is Jastina Bridal yg dijaga oleh Aunty Zukiah. Baju dia nampak xde la org dah pakai 5 kali. So selesa la sket..
Pas setel mak andam, kitorg g jusco. Saje nak bersesak. Hasilnya, aku jumpa kasut yang memenuhi kriteria yang aku cari. Tinggi lebih 4inci, silver colour and selesa. Tak dak brand pun. Tapi mmg selesa sungguh. Rasa lagi selesa dari charles and keith nye kasut aritu. Sampai minah kat kedai tu tanya "akak mmg biasa pakai kasut tinggi ke?". Maknanya jelas sungguh keselesaan nya aku berjalan. Brapa kali aku sebut selesa?
Kesimpulannya, aku puas hati dengan weekend yang produktif ini.

No comments:

Post a Comment