Diet Cara Linda Onn

Sanggup ke?
Tadi 'ter'tengok Astro hat mana tak tau.... sementara tunggu Un sampai.. Rasanya macam rancangan tajaan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) kot.. pasal kat atas tu ada logo KPJ dok bertempek...
Anyway, keluar la muka Linda Onn... Ala.... Penyampai Radio yang glamer tu...Tunjuk la dia tengah duduk depan lauk pauk dan beberapa gelas air minuman... Dia pun bercerita...

Dia cerita apa yang dia biasa makan setiap hari untuk mengekalkan bentuk atau berat badan yang ideal.

1. Tauhu stim masak kicap.
2. Taugeh goreng kicap ditabur kacang.
3. Sekeping biskut coklat cip.
4. Segelas air teh.
5. Jus epal (4 biji) tanpa gula dengan 2 ketul ais.
6. Air suam (bila bila dahaga)

Kemudian dia juga bercerita yang dalam satu minggu tu mungkin ada satu hari yang dia akan makan berat. Ini menyerupai 'cheat day' bagi sesiapa yang mengikuti Dukan Diet. Kalau dia dah makan makanan berat selepas itu dalam 2 ke 3 hari dia akan elak dari makan malam dan banyakkan minum air suam.

HA KAU!!! SANGGUP??!! Mak tak sanggup nokkk....

1 comment:

  1. maaakkkkk ai...leh pengsan kalau makan macam ni...x lapar ke ek?aku nak diettt ni..dah gemokkk sgt weh...

    ReplyDelete