Rebus Rebus Steamboat & Grill


Saya tau Ramadhan dah lepas. Tapi saya nak cerita sikit pasal Rebus Rebus Steamboat & Grill Restaurant.

Seperti biasa, tiap tiap tahun mesti ada buka puasa rasmi untuk geng geng 4Cast. Ahli yang hadir wajib ialah Yah, Ir, Jer, Myself and Ina. Recently Sarah and Shiela are also added as hadir wajib. Then yang lain lain akan ikut kelapangan masing masing. Tahun ni agak istimewa sebab Etiey ikut hadir sama. Susah nak jumpa Etiey ni. Slalu tak kena masa. Jadi kali ni kira bonus.

Yang membuat aku agak terharu ialah diorg actually tunggu aku balik ke Malaysia sebelum buat aktiviti wajib ini walaupun aku balik dah agak hampir ke Hari Raya. For Jer takpe la.. Dia nak balik over the weekend for the event pun boleh kan. For me, this is what I call as FRIENDS.

Lokasi kali ni agak berbeza. Biasanya kami akan pilih KGPA. Sekali sekala je kami bertukar tempat. Antaranya Tropicana Golf, Hotel UiTM Shah Alam dan Sime Darby Convention Centre. Kiranya konsep Buffet Ramadhan la. Tapi kali ni semua kawan kawan aku pilih nak pegi Rebus Rebus Steamboat & Grill di Shah Alam. 

Mula mula tu tertanya tanya la jugak. Sebab aku dah lama tak balik. Jadi risau jugak kalau sepanjang aku takde ni kawan kawan aku ada masalah kewangan ke apa ke.. Ye lah tetiba macam turun standard buat Iftar  kat restoren biasa kan. Aku sebagai orang jauh ikutkan aje la. Aku touched down KLIA, singgah Bukit Jelutong mandi and salin baju kejap then Ir datang pick up terus ke Restoren Rebus Rebus Steamboat & Grill.

Kedai 2 pintu bewarna Oren. Kalau dari Federal Highway ke arah Klang, exit Padang Jawa (yg kalau ke kanan menuju ke Jakel/UiTM gate belakang/I-City), the same traffic light ke kiri. Then jumpa lagi satu traffic light ke kiri lagi and straight away ke kanan. Restoren nya sebelah kiri. Nama kawasan tu Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam.

Aku masuk kedai pusing pusing. Sebab secara serius aku tak tau apa konsep kedai ni sebelum sampai. Aku tgk ada buffet table. Ada masakan yang dah di masak macam bihun goreng, nasi goreng, nasi putih, sayur campur, kuih muih melayu, kerang rebus, kek coklat (yang sedap), etc. Ada gak makanan yang belum dimasak macam daging yang dah di peram, ayam yang dah di peram, udang, sotong, ketam, pepahat, etc. Atas meja ada electric grill set dengan tempat nak letak periuk untuk steamboat. 

Kat pintu sebelah ada surau lelaki dan perempuan. Tempat ambik air sembahyang untuk perempuan dia buat dalam surau tu itself. Jadi tak payah la nak keluar dengan tudung basah basah. Sangat sensitif kepada keperluan kita kan.. Surau ni jugak permanent. Kalau waktu bukan Ramadhan pun, nak datang makan sebelum masuk maghrib takde masalah sebab boleh maghrib jap kat situ. Sangat convenient.

Dah puas tengok keliling aku puas hati jugak la. Bukan tempat sebarangan la kawan kawan aku pilih ni.. Aku pun mula serbu meja buffet untuk ambik bahan bahan yang nak dimasak.


Ini baru first round ye.. Ada macam macam jenis sos untuk pencicah. Daging and ayam yang dah diperam tu kitorg grill kan kat keliling periuk tu. Dalam periuk tu isi kuah untuk steamboat. Ada 3 pilihan; Sup Ayam/Tomyam/Kuah Laksa. Tang kuah laksa tu memang aku rasa agak istimewa dan lain dari yang lain. Aku suka!

Tapi perlu di ingat. Jangan ambil berlebihan sangat. Rebus Rebus ni kalau ada pembaziran dia akan charge tau.. Ini bukan nak buat untung. Tapi nak melatih kita agar jangan membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Jadi kalau rasa perut dah membusung dan tak boleh nak masuk lagi jangan le pi ngangkut lagi satu pinggan daging. Kalau sekadar nak rasa, ambik satu je dulu. Kalau sedap boleh je pi bangun ambik lagi. Rebus Rebus Crew semua baik baik and rajin melayan. Diorang akan keep on refilling the buffet table. 

Ir and Shila

Sarah and Me

Yah and Jer

Etiey and Sarah

All of us that day

Kata aku, makanan dia sedap. Istimewa dia sebab ada steamboat dengan kuah laksa. Konsep grill tu memang aku suka. Marinate daging and ayam dia pun sedap. Manisan pun sedap. Ngikut kata kawan kawan aku (ye.. diorg dah 2-3 kali datang sini dalam masa 2 bulan. Knowing my friends, itu menunjukkan makanan sini memang sedap) setiap hari Rebus Rebus Crew akan ada 'Menu Istimewa Hari Ini' atau 'Today's Special'. Jadi makanan seperti manisan, sayur, atau nasi mungkin berubah ubah. Unik kan. Buat orang tertanya tanya apa rezeki aku hari ni..

Walaupun kedai ni baru bukak dalam 2 bulan gitu, tapi malam yang aku pergi tu full house! Maknanya apa? Dah tentu la sedap! 

Untuk maklumat lanjut tentang menu atau harga atau untuk tempahan, boleh lawat dan like facebook diorg atau twitter diorg atau call aje la terus...

D-5G, Jalan Serai Wangi H16/h,
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
012-940 4597
GPS Coordinate: Lat 3.0572053/Lon 101.49182 (Berdasarkan Google Map)
Waktu Operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam


Saya puas hati. Saya pasti anda juga pasti puas hati.






1 comment: