Nasi Ayam Tamouh Abu Dhabi


Thanks to Wak Kohl sebab heret n blanja aku makan nasi ayam kat kantin Tamouh hari ni..

Rasa mcm best plak boleh pegi restoren and cakap mcm ni:
"Boss, nasi ayam ada? Bagi satu ekk.. Nak bahagian dada tau.. Ayam Roasted punya"
Kewl kan???

Ye saya mmg over..

Dah lama orang dok sebut2 pasal kantin Tamouh kat Reem Island ni. Memandangkan saya seorang yang cun, jadi saya tak berani la nak masuk ke tempat mcm tu sendirian. Akhirnya, di suatu hari yg damai, Wak Kohl telah mengajak saya untuk lunch di sini..

Tempatnya taklah teruk mana.. Boleh la kalau nak pegi sorang2.. I was imagining mcm real construction site tu.. rupanya tidak.. sangat proper dan kelihatan selamat. Bukak Sabtu ke Khamis sehingga jam 8malam. Petang2 ada jual goreng2 a.k.a ala' carte. Cook dia Malaysian Chinese. Rasa sedap. Harga boleh tahan murah. Nasi Ayam ni sepinggan 15AED. Air oren juice tu free and free flow.

Saya sangat happy. Hari ni saya buat kerja sambil bernyanyi kecil (macam la hari lain tak nyanyi kann)

Landmark, lepas Marina Tower kat Reem Island akan nampak satu Pencawang Elektrik warna kuning. Depan sikit pada tu jumpa la Tamouh. Bangunannya macam cabin construction site tu. 

No comments:

Post a Comment