Gegurl Day Out in AD

Di suatu petang yang damai...seorang ibu membawa anak anak itik nya minum teh tarik dia tepi jalan...







I Know The Feeling Very Well




Betapa gembiranya bila balik rumah kat AD ni bukak fridge tgk ada berbungkus bungkus keropok lekor.. berbotol botol kicap kipas udang... budu.. my God...

Dan kawan kawan aku juga takkan lupa muka aku bila Jer hulur sandwich roti Gardenia penyek kat forbidden city... roti kosong je kottt



Qasr Al Hosn Festival

Qasr Al Hosn ni adalah satu fort kat Abu Dhabi yang dulunya berfungsi sebagai lighthouse. Abu Dhabi ni kan tepi laut. Kebanyakan hasil nya datang dari laut. Sebab tu Qasr Al Hosn ni dikatakan sebagai sesuatu yang sangat penting.

Untuk mengingati atau menghebahkan kepentingan Qasr Al Hosn ni, kerajaan anjurkan satu festival. Salah satu aktivitinya ialah pertunjukan pentas. Oleh kerana susah nak dapat peluang tengok pertunjukan macam ni, saya terus ajak beberapa orang kawan untuk pegi tengok.

Pertunjukan yang menarik. Berdasarkan puisi arab berkenaan bagaimana bermulanya Abu Dhabi. Dari padang pasir gersang kemudian terjumpa oasis seterusnya mereka menjadi nelayan dan menjumpai pearl sehingga la penemuan minyak..







Keceriaan Seorang Ibu

Mak memang slalu takde selera makan. Ni aku tau dari ayah aku. Dulu masa aku keje TNB mmg ayah slalu call aku suh balik sebab mak takde selera nak makan. Tapi setiap kali aku balik mak ok je makan..

Kalau kat Malaysia mak makan macam biasa je. Takde la banyak sangat pun. Tapi masa dia ada kat sini selera dia menjadi.. Dia memang makan sungguh sungguh. Almost semua benda dia makan habis. Mula mula aku agak tak habis sebab slalunya aku makan the same dish pun tak habis. Tapi mak boleh habiskan..

Pada agakan aku mak memang happy betul trip ni.. Dan aku lega berfikiran begitu...




Familia d'AD

Kecoh.. kecoh tak ingat punya...

Tapi seronok.. dapat jalan2 tunjuk tempat yang aku dok enjoy kat sini pada mak n kakak aku.. diorg memang dah dapat gambaran separuh kehidupan aku kat sini.. Mak datang 10 hari dengan Kak Li.. And Kak Li mengaku yang 10 hari tak cukup!!! Kak Su datang dengan Abg Edi 4 hari Dubai and 3 hari AD. And Kak Su baru je wasap aku cakap nak datang lagi.. Tak sampai sebulan dia balik Malaysia dah nak datang lagi.. No wonder la aku boleh bertahan kat sini ekkk...

Kak Su and Edi datang dulu. Masa tu aku tgh sibuk training n exam (akan diceritakan kemudian) so aku mmg tak layan la diorg.. Diorg kat Dubai pun masa tu.. Kak Su tetiap hari pegi Naif okk... Orang kat Naif tu kenal dia mcm org kat Global Village kenal aku okk...

Jumaat tu aku g amik diorg kat Dubai. Ingat nak balik AD terus. Tapi since diorg cakap diorg tak g outskirt of Dubai lagi aku pun bwk diorg g Global Village. First time sampai Global Village sebelum kol 4 ptg. And that was after lunch at the legendary Afghan Kebab.. Sekali rasa pasti nak lagi.. Seriously... Belum jadi taik pun lagi mutton tikka tu Edi dah sebut nak pegi makan lagi...




Lepas amik gmbr kt Burj Al-Arab, g MOE amik stroller Adam, makan Afghan Kebab kat Naif ang seround kat Global Village kitorg blk AD. Dan bermula la perkampungan Perkota di AD..
Kak Su and Edi went to dessert safari on saturday. Pagi tu kitorg g Sheikh Zayed Mosque and sempat makan Mandy Unta tapau kat umah Shiraz..






Sabtu malam tu jugak mak n Kak Li sampai. Memang meriah la umah aku malam tu.. Unfortunately ahad tu aku meeting dari kol 8 pagi sampai 8 malam. Balik umah just in time untuk send off Edi n Kaksu ke airport je..

Untuk mak and Kak Li... Travellog diorg panjang.. Ringkasnya, Madinat Zayed shopping kain and survey abaya for 6 hours. Dinner kat La Boulenger Corninche. Sheikh Zayed Mosque. Al-Ain trip. Dubai for 3 nights. Global Village. Dubai Mall. Burj Khalifa. Naif. Dubai Outlet Mall. Kesimpulannya trip ni memang trip shopping untuk diorang. And luxury as well.. tak pernah aku makan kat any of the restaurant depan Dubai Mall Fountain tu..