Bermula di sini.....
Kredit to Intan Syafinaz sebab upload gambar ni kat FB and tag semua classmate yg ada FB. Masa dia upload ni masih lagi bulan puasa. Aku ingat sebab aku tunjuk gambar ni kat Isky saying "I also don't know which one is me". Muda sangat kot muka masa ni... hehe...
Then berpuluh komen diterima hanya atas sekeping gambar kenangan ni. Antaranya ialah keinginan masing masing nak reunion. Perkataan yang slalu kita dengar tapi tak pernah jadi. Since aku cuti raya kali ni agak lama dan kebetulan ada 3 days weekend sempena Merdeka, aku cadangkan buat reunion potluk style bertemakan hari raya kat rumah Din & Liyana. Sebab nya Din & Liyana are both our classmate. Ye.. mereka kawin classmate ye.. Jadi takde la isu "Kawan awak nye pasal apsal kita nak bersusah payah?" Kawan dua dua ok..
Makanya, dengan seberapa pantas yang boleh aku create the event invitation and start sms, calling, fb message mana yang dapat di capai.. Makanya, pada hari yang dijanjikan terjadi la...
Masing masing dah bawak perut. Samada bawak baby atau bawak lemak. Yang lelaki pun jangan nak perasan sendiri ye. Anda kompem bawak lemak.
Lebih kurang 10 org classmate. Yang dah berkahwin bawak spouse dan anak anak skali. Katanya semua gembira. Alhamdulillah. Ada yg cadangkan nak jadikan ni acara tahunan. Ni tahun pertama, jadi memang ada kelam kabut sket. Termasuk le aku yang lupa bawak keluar lemang dari dalam kete ok.. Dah petang baru aku teringat. Harapnya jadi la acara tahunan. Nak jumpa slalu memang tak dapat. Raya is a very good reason for us to meet. Insyallah...