2012


Bukan saya yang capture video ini. Saya juga tidak berada di tempat kejadian. Cuma mengagumi kecantikannya dan ingin sekali berkongsi dengan orang lain.

Anyway, ada yang menyuarakan. Kenapa sambut Ma'al Hijrah kita tak bersengkang mata bagai? Bagi saya jawapannya ialah Ma'al Hijrah takde fireworks. Ma'al Hijrah kita lebih kepada acara beribadat macam baca doa awal dan akhir tahun. Tapi kalau gregorian new year ni kat mana mana pun ada bunga api. Yang menariknya kat sini, bunga api tu bukan hasil dari duit income tax saya!!! hehehe....

2011
Tahun pertama secara penuhnya saya merantau ke negara orang. Susah. Perit. Tapi bermakna. Pada awalnya saya tak kenal sapa2 kat padang pasir ni melainkan rakan sekerja dan sepupu saya. Saya sibuk dengan kerja sampaikan tak sempat nak berkenalan dengan orang lain. Sejak dari bulan satu saya asyik keluar negara atas urusan kerja atau peribadi.
Milan
Florence
Seoul (boleh ke tak pergi Seoul?)
KL
Beijing

Nasib agak baik, banyak jugak projek yang hanya perlu meeting dalam UAE je. Kalau semua kena keluar memang saya pindah dok cabin.

Bulan Julai bermula la perkenalan saya dengan BFF saya di AD ni, Cik Nad. Sampai ke bulan Ramadhan saya mula kenal warganegara Malaysia yang lain yang sama sama mencari rezeki kat sini. Ramai rupanya. Kami jadi rapat. Macam adik beradik. Hampir setiap malam saya keluar dengan Cik Nad. Dan hampir setiap minggu saya akan jumpa yang lain lain. Hidup saya di sini lebih ceria. Saya mula berharap saya tak perlu travel untuk kerja lagi.

Dalam gembira ada dukanya. Mungkin Allah kata "Cukup cukup la tu suka nya. Hujung tahun ni Aku bagi kau sedih sket agar ko beringat di tahun hadapan" MUNGKIN AJE TAU. SAYA MANA TAU APA YANG ALLAH RANCANG UNTUK SAYA.

Peristiwa sedih tak banyak. Sehinggakan cuma satu ni je yang kekal dalam ingatan saya. Tak tau la sebab ini yang terbaru atau memang ini sahaja cerita sedih saya tahun ni. Tapi ia masih menghantui saya dan memang benar benar menjatuhkan ego saya.

Maka..... 2012....

Saya nak turunkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 6 bulan.
Saya mesti penuhkan ASB saya dalam masa 10 bulan.
Saya mesti catatkan pencapaian kerja saya setiap minggu supaya tak terkejar kejar bila nak submit EMS.
Saya mesti tamatkan zaman bujang <- ini diluar kawalan sebenarnye...

Antara lain, saya nak cuba jaga hati saya agar saya tidak terus bersedih atas apa yang berlaku dalam tahun 2011. Mungkin ada hikmahnya. Saya cuma perlu percaya yang dengan keputusan yang dibuat pihak atasan itu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin saya akan jadi kurang sibuk dengan kerja dan mampu mempunyai kehidupan sosial yang lebih baik. Siapa tahu kan...

Doakan saya mampu mencapai 3 azam saya tahun 2012 ini. (Azam yang ke-empat tu sungguh diluar kawalan. Tapi doakan jugak la ye)

Terima kasih.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

5 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Maria. May we'll be given strength and blessing to make all our wishes come true!;)

    ReplyDelete
  2. Thanks pae! Selamat Tahun Baru gak. Tahun ni dapat family member baru ek...

    ReplyDelete
  3. epi new year maria!azam kite samala nak turun berat hehee..tp aku tgk ko kuwuss je hehee.....mari doa byk2.semoga ALLAH makbulkan permintaan kita di 2012 insyaALLAH

    ReplyDelete