Qasr Al Hosn Festival

Qasr Al Hosn ni adalah satu fort kat Abu Dhabi yang dulunya berfungsi sebagai lighthouse. Abu Dhabi ni kan tepi laut. Kebanyakan hasil nya datang dari laut. Sebab tu Qasr Al Hosn ni dikatakan sebagai sesuatu yang sangat penting.

Untuk mengingati atau menghebahkan kepentingan Qasr Al Hosn ni, kerajaan anjurkan satu festival. Salah satu aktivitinya ialah pertunjukan pentas. Oleh kerana susah nak dapat peluang tengok pertunjukan macam ni, saya terus ajak beberapa orang kawan untuk pegi tengok.

Pertunjukan yang menarik. Berdasarkan puisi arab berkenaan bagaimana bermulanya Abu Dhabi. Dari padang pasir gersang kemudian terjumpa oasis seterusnya mereka menjadi nelayan dan menjumpai pearl sehingga la penemuan minyak..