Familia d'AD

Kecoh.. kecoh tak ingat punya...

Tapi seronok.. dapat jalan2 tunjuk tempat yang aku dok enjoy kat sini pada mak n kakak aku.. diorg memang dah dapat gambaran separuh kehidupan aku kat sini.. Mak datang 10 hari dengan Kak Li.. And Kak Li mengaku yang 10 hari tak cukup!!! Kak Su datang dengan Abg Edi 4 hari Dubai and 3 hari AD. And Kak Su baru je wasap aku cakap nak datang lagi.. Tak sampai sebulan dia balik Malaysia dah nak datang lagi.. No wonder la aku boleh bertahan kat sini ekkk...

Kak Su and Edi datang dulu. Masa tu aku tgh sibuk training n exam (akan diceritakan kemudian) so aku mmg tak layan la diorg.. Diorg kat Dubai pun masa tu.. Kak Su tetiap hari pegi Naif okk... Orang kat Naif tu kenal dia mcm org kat Global Village kenal aku okk...

Jumaat tu aku g amik diorg kat Dubai. Ingat nak balik AD terus. Tapi since diorg cakap diorg tak g outskirt of Dubai lagi aku pun bwk diorg g Global Village. First time sampai Global Village sebelum kol 4 ptg. And that was after lunch at the legendary Afghan Kebab.. Sekali rasa pasti nak lagi.. Seriously... Belum jadi taik pun lagi mutton tikka tu Edi dah sebut nak pegi makan lagi...




Lepas amik gmbr kt Burj Al-Arab, g MOE amik stroller Adam, makan Afghan Kebab kat Naif ang seround kat Global Village kitorg blk AD. Dan bermula la perkampungan Perkota di AD..
Kak Su and Edi went to dessert safari on saturday. Pagi tu kitorg g Sheikh Zayed Mosque and sempat makan Mandy Unta tapau kat umah Shiraz..






Sabtu malam tu jugak mak n Kak Li sampai. Memang meriah la umah aku malam tu.. Unfortunately ahad tu aku meeting dari kol 8 pagi sampai 8 malam. Balik umah just in time untuk send off Edi n Kaksu ke airport je..

Untuk mak and Kak Li... Travellog diorg panjang.. Ringkasnya, Madinat Zayed shopping kain and survey abaya for 6 hours. Dinner kat La Boulenger Corninche. Sheikh Zayed Mosque. Al-Ain trip. Dubai for 3 nights. Global Village. Dubai Mall. Burj Khalifa. Naif. Dubai Outlet Mall. Kesimpulannya trip ni memang trip shopping untuk diorang. And luxury as well.. tak pernah aku makan kat any of the restaurant depan Dubai Mall Fountain tu..


















Kenduri Cara Padang Pasir

Walau di mana pun bumi berpijak, walau di mana pun langit dijunjung, adat kita tak perlu dilupakan..
Jiwa melayu tak intro?
hahahhaha...

Yang sebenarnye.. Ada family ni baru pindah sini dalam sebulan gitu. So nak buat makan2 sempena masuk rumah baru. Sekali jadi ala2 kenduri masuk rumah la plak.. huhu...

Masakannya simple je.. Tapi ada satu lauk special. Apparently lauk ni mmg terkenal kot kat area selandar/bukit senggeh sana tu.. Pasalnya ada sorg ni baru sampai dari Al-Ain masuk dapur, bau lauk tu terus cakap "Ooo.. buat lauk ayam masak bukit senggeh ye..."

Kisah......

Aku adalah manusia paling sibuk di dapur.. ahahhaha.. yang sebenarnye seronok.. dah macam kenduri kat rumah nenek dulu2... sayu gak hati bila teringat... masih sayu walau ketika menulis blog ini..

Alfatihah untuk arwah Nek Pah... Ketahui la bahawasanya cucu mu merinduimu... Semoga nenek sentiasa berada di kalangan golongan yg soleh dan di elakkan dari seksa kubur..

End of syahdu syahdan...

Tgk la gambar kat bawah ni.. mcm mana la aku tak teringat kenduri kat kampung.. Ni first time buat makan2 kat rumah atas tanah (untuk aku la..) So ada area kat keliling rumah nak pasang external nye dapur n tong gas. hamikk kau.....









Over tak aku menggaul? ahahhahhaa... Kak Miza (tuan rumah dan tuan punya resepi) yang cakap bahan apa nak masuk and brapa byk. Serius aku tak ingat apa bahannya... Sukatannya lagi la jgn tanya.. Aku tau memula tu ada ayam. Pastu ada bawang merah, bawang putih n halia yang dah di racik halus. Ada kunyit,kerisik dan yang paling penting rempah rahsia yang di import khas dari Malaysia.. Tapi nak citenye kalau gaul tu tak cukup sebati... tak menjadi gak rasanya... ahaks!!! nak menang jugakkkkk....

Proses memasaknya kat luar. Memang aku buat semua sampai la ayam tu siap masak. Yang aku tak buat dalam hal ini hanyalah menyediakan bawang dan halia je sebab malas... hahahha.. Tapi part masak tu lagi penat wooo... naik muscle tangan aku... pastu dok masak gaya squat plak.. memang tonggek bontot aku pastu...

Tapi aksi paling mahal semestinya yang ini.. jangan tanya aku mana datang gaya ni... tau2 ada gambar je...


Yeeehhaaaaa!!!!!!

Apa apa pun.. kami mmg enjoy malam tu.. penat mmg gila penat la kannn... tapi jarang2 skali dapat kumpul mcm ni.. musim sejuk je boleh pun..